Tuesday, September 24, 2013

PADAN MUKA MELAYU

Dalam kita sibuk-sibuk marah pada UMNO/BN naikkan harga minyak, kita lupa bahawa keberanian UMNO/BN buat macam tu adalah disebabkan oleh kelemahan kita sendiri. 

Dari segi teori politik, parti-parti politik terutama yg memerintah pasti tidak akan membuat sesuatu tindakan yg tidak memberi keuntungan kpd survival politik mereka. Tetapi UMNO/BN saban tahun tetap berani menaikkan harga minyak sebab UMNO/BN tahu bahawa org Melayu tetap akan undi mereka. Panas org Melayu ni sekejap je. Lepas tu Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Selagi mana permikiran politik org Melayu ini hanya memikirkan tentang DIRI SENDIRI dan tidak memikirkan bahawa setiap yang berlaku itu akan memberi kesan jangka panjang kepada anak-anak dan cucu-cucu mereka, maka selagi itulah UMNO/BN akan tipu kita. Masakan tidak, bila kita merungut minyak naik, maka akan ada diantara kita yang menjawab, "Aku peduli apa, aku bukan pakai kereta pun dalam kampung ni!". Bila kita minta PTPTN dihapuskan, maka akan ada diantara kita pula yg menjawab, "Kalau dah berhutang tu bayar je la!!". Bila kita minta hapuskan tol, maka akan ada diantara kita yg menjawab, "Aku bukan lalu tol pun, aku duduk kampung je!". Subhanallah...

Sampai bila mentaliti ini akan terus mewarisi permikiran org Melayu aku pun tak tahu.

Ya Allah, bukalah mata hati bangsaku ini agar mereka mampu melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

No comments: