Tuesday, July 16, 2013

BETULKAH CARA AGIHAN DZAKAT FITRAH MALAYSIA??

Dzakat mmg difardhukan.. banyak ayat yg meregukan solat dan dzakat.. memberitahu solat dan dzakat ni sgt penting dlm Islam..

Baitumal pula ialah sistem... badan pengurusan yg mula diperkenalkan di zaman Umar ibn al khattab.. 

Berdzakat menerusi amil, bersalam tgn & membaca niat dzakat adalah formality.. x penah salah pun, kalu kita sedia maklum berapa kiraan kadar dzakat semasa, dan kita bg direct pd asnaf yg kita tau dgn mata kepala kita sdr yg asnaf tu semua layak.. budak2 sekolah pun asnaf, org yg sgt dhaif pun asnaf yg nyata dan terang.. muallaf pun asnaf.. Tidak semestinya kena bg depan amil yg dilantik..

Sbb.. kalu sistem AGIHAN dzakat tu telus dan cekap, xda kot rancangan mcm "BERSAMAMU".. lbh afdhal rasanya klu kita berdzakat direct kpd asnaf.

*xtau mana depa dpt info bergambar ttg sunat bayar pd waktu sekian2.. katanya dr "ostad".. mana nasnya kot ye pun.. sy pun nk tau gak.. tp bukankah dzakat fitrah tu tujuannya supaya bole diagihkan pd yg x mampu menyambut hari raya? Klu pkat byr ujung2 ramadhan atau masa solat aidilfitri, sempat ke nak agihkan pada yg layak menerima.??

Masyarakat melayu ni soal membayar dzakat ni, mmg tip top.. tp brp kerat yg fikir soal agihan?? Dzakat dipungut utk diagihkan, bukan perap sbg saham atau utk byr bonus CEO-CEO baitumal!

3 comments:

Anonymous said...

1. Ada kah jawatan CEO dzakat?

2. Kalau ada, benar kah mereka tadi dapat bonus dari duit zakat tu?

3. Jangan lupa, amil pun salah satu asnaf.

Blogger said...

Sama-sama la kita fikir bagaimana hari ini nak minta zakat pun kena pergi kat jabatan agama,sepatutnya iman yng kena ambil tahu hal kebajikan orang di bawah mukim dia dan hantar ke jabatan berkenaan,ni tak...bila masuk tv atau akhbar barulah berdusun-dusun yang datang bagi bantuan,jabatan agamalah,jabbatan kebajikan lah,entah apa yang di buat deme ni...

Anonymous said...

Zakat fitrah hanya wajib dibayar apabila seseorang tu hidup sehingga jatuh matahari pada malam ke 29 atau 30 ramadhan.Sekiranya seseorang tu meninggal sebelum malam terakhir ramadhan maka tidak wajib baginya atau waris membayar zakat fitrah. Sekiranya dibayar juga maka jadilah ia sebagai sedekah sahaja.Sekiranya seseorang bayi dilahirkan sebelum jatuh matahari yakni sebelum masuk waktu maghrib pada hari terakhir ramadhan maka bayi tersebut wajib dibayar zakat fitrah kerana bayi tersebut hidup sehingga jatuh matahari pada mlm terakhir ramadhan. Jadi...sekiranya seseorang tu lahir selepas jatuh matahari pada mlm terakhir ramadhan maka tidaklah dia perlu membayar zakat fitrah..Zakat fitrah adalah sebanyak satu cupak makanan asasi sesuatu tempat tersebut.,Cumanya di Malaysia kita membayar menggunakan RM bersamaan nilai secupak beras...Bukannya semata2 utk bergembira di hari raya tetapi utk keperluan asnaf sepanjang tahun..Jgn salahkan org yg nak membayar pada pagi hari raya kerana utk mendapatkan lebih keberkatan ke atas zakat yg di beri..Wallahua'lam