Wednesday, May 8, 2013

TAHNIAH RAKYAT SELANGOR BERANI MENGAJAR NAJIB!!

 Harus diingat bahawa Najib selaku Ketua Perhubungan UMNO Selangor telah dimalukan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu. Cakapnya yang berdegar- degar untuk merampas Selangor dan mencipta pelbagai isu untuk melemahkan PR langsung tidak berbaloi. UMNO/BN tinggal 12 kerusi di DUN Selangor berbanding dengan 20 kerusi pada tahun 2008. Cakap besarnya yang penuh yakin UMNO/BN akan menang dengan majoriti dua pertiga di parlimen berakhir dengan kecundangan. Selain berjaya membentuk kerajaan pusat, Najib gagal secara total dalam kesemua misi dan visinya yang lain. Dia muncul sebagai PM dari UMNO yang paling lemah.

Kedudukan Najib sekarang ini bolehlah disifatkan sebagai telur di hujung tanduk. Menurut kata Dr. M, Najib perlu berundur jika tidak berjaya menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Kini, KPI Najib jatuh merudum. Jika sebelum ini UMNO mengusir Pak Lah yang dipertanggungjawabkan terhadap kemerosotan prestasi UMNO/BN dalam PRU Ke-12, parti itu ternyata mengamalkan dwistandard sekiranya tidak menyingkirkan Najib kali ini.

Malaysia ialah sebuah negara yang dinamik dan progresif. Negara sebegini memerlukan seorang PM yang proaktif dan berpandangan jauh. Harapan itu tidak ada pada Najib. Kita tunggu sahajalah masa dan ketikanya untuk dia turun atau diturunkan.

No comments: