Tuesday, May 14, 2013

TAHNIAH PAS KEDAH...CANTAS SEMUA DAHAN YANG REPUT.BIAR TUMBUH TUNAS BARU..



Dato' Haji Ir Phahrolrazi Haji Mohd Zawawi telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kekalahan PAS Kedah sehingga hilangnya Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam PRU 13 pada 5 Mei 2013 yang lalu..
Walaupun Hj Phahrol telah memenangi kerusi N17 Pengkalan Kundur dengan majorati 3884 jauh lebih besar berbanding pada PRU 12 yang lalu tetapi beliau dengan prinsipnya yang tinggi telah melepaskan jawatan tersebut bagi memberi ruang dan peluang kepada Dato’ Mahfuz Omar yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru untuk membentuk barisan kabinetnya yang baru bagi menyusun gerak kerja untuk menawan semula Kedah pada PRU 14 nanti..

Di peringkat PAS Pusat saya menyeru Presiden TGHH juga perlu mengambil langkah yang sama untuk melepaskan jawatannya sebagai mengambil sikap bertanggungjawab atas kekalahan PAS di beberapa kerusi parlimen yang dulunya 27 kerusi tetapi sekarang pada PRU 13 hanya tinggal 21 kerusi..

Pada pendapat saya juga Senator Yusuf Husin perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Kedah serta jawatankuasanya kerana gagal memainkan peranan yang berkesan dalam gerak kerja pilihanraya tetapi sebaliknya lebih berpolitik sesama sendiri.

Che Had Dali perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Bilik Gerakan Negeri kerana dalam suatu ‘briefing’nya dulu didepan TGHH Presiden PAS telah menyebut Dato’ Seri Ustaz Azizan merupakan faktor kepada penyumbang kemenangan PAS di Kedah sebanyak 70% sekiranya dia bertanding lagi dalam PRU 13 tetapi apa yang berlaku disebaliknya, bukan Kerajaan Kedah sahaja yang telah hilang bahkan kakinya juga hilang akibat kesihatannya yang terlalu dhoif.

Kalau mereka tidak mahu jga melepaskan jawatan saya menyeru agar Pesuruhjaya PAS yang baru Mahfuz Omar agar memecat mereka yang terbabit dalam politiking sesama sendiri bagi membentuk barisan kepimpinannya yang baru bagi memacu kejayaan dalam PRU 14 nanti…

SEMOGA ALLAH SWT AKAN SENTIASA MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DEMI MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH....

6 comments:

Anonymous said...

sapa

Unknown said...

hahahah ooooo hang tulis2 panjang2 sbb hang nak kutuk TGHH je hbs hang takmau sruh TGNA letak jawatan musryidul ke sbb kelantan pun kalah bnyak...ermmm sian hang ni spesis bencikan ulamak..sahla geng syaitan yg di kenali

al-brangi Online said...

kenyataan diatas dari YB tu ka? kenapa nak babitkan presiden pada hal polictiking YB tersebut turut menyumbangkan 'kehancuran' PAS Kedah. Kenapa sinis dgn kaki Ust. Azizan? Nakalnya YB nih

al-brangi Online said...

itu kenyataan YB di atas ke? kenapa nak babitkan Presiden dek nak tutup kelemahan diri? tindakan nampak mcm ikhlas tetapi licik. Jawatan TPJ...Pengarah Bilikan dll itu jawatan dilantik tPi jawatan Presiden biar Muktamar putuskan

Anonymous said...

Bagus Pahrol. Berundur sebelum orang bersungut. Berundur tak semestinya lemah atau buruk tapi membolehkang ruang baru diatur.

Anonymous said...

PAS menang di Kedah bukan kerana UMNO lemah. Banyak undi PAS datang dari UMNO sendiri. Tapi bila PAS pegang Kedah dan sibuk politiking sesama sendiri... sampai jadi bahan lawak satu malaya.. media PAS cukup lemah bila dibuli media perdana.. apatah lagi majlis ulamak sibuk berzikir seolah2 tak peduli orang ramai..

Dengan harap penerangan diberi di pusat2 PAS.. kakitangan PAS menunjuk2 pandai lebih drpd YB dalam hal dalaman parti... mabuk kuasa sepatutnya tak berlaku dlm PAS.. tapi inilah terjadi akhirnya.. faktor SPR dan UMNO sedia terajang PAS kurang diambilkira.. terlalu yakin menang semula jika tanpa penipuan SPR dan UMNO.. UMNO dan SPR tak pernah jemu menipu.. jadi tak perlu serah pd Allah kalu usaha tak berbaloi dan masalah dalaman sendiri sudah jadi lawak nasional..