Monday, April 1, 2013

LIM KIT SIANG KATA ...

PR meletakkan sasaran untuk memperoleh kejayaan di 12 kawasan Parlimen untuk menang selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Dua belas kerusi marginal, yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," kata pemimpin veteran ini.

Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

"Jika Pakatan berjaya mempertahankan 80 kerusi Parlimen yang dimenangi di negeri-negeri bukan simpanan tetap (BN) di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu (awal 2009) dan jika Pakatan boleh menang tambahan 33 kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, maka Pakatan boleh melepasi nombor ajaib 112 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan pusat," kata beliau.

Bagaimanapun, tambah beliau, PR hanya boleh memperoleh majoriti yang baik dan selesa jika menguasai 125 kerusi iaitu masing-masing 45 oleh PKR, Pas (40) dan DAP (40).

"Untuk mencapai sasaran 125 kerusi atau majoriti 28 kerusi, Pakatan perlu menang 12 kerusi lagi dari negeri-negeri bukan simpanan tetap BN,".

No comments: