Ya Allah, apa nak jadi dgn budak2 sekolah sekarang...belasah anak orang sesuka hati... :'( (made me upset bila saya tengok video yang dinaikkan di youtube) ...
Masa saya menjadi cikgu 16 tahun yang lepas dan mengajar di sebuah sekolah, saya sudah mula merasakan budaya samseng ini akan terus menular... bukan sebab institusi sekolah gagal mendidik anak-anak murid, tetapi saya mendapati perkara pertama pelajar menjadi 'samseng' adalah disebabkan institusi keluarga yang gagal membentuk sahsiah pelajar....paling asas ialah kasih sayang...saya yakin jika cukup kasih-sayang diberikan, anak-anak kita tidak berani untuk melibatkan diri dengan sebarang budaya negatif....
Semoga dengan beberapa 'video pelajar' kene belasah yang dimuatkan di youtube, diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa, dan keluarga masing-masing untuk melihat semula sejauh mana kita berjaya membentuk anak-anak kita...wallahualam... :'( sedihhh...
3 comments:
saya pun baru tengok video tu mlm td. sakitnya hati tgk anak2 kita diperlakukan begitu...Sampai sanggup buat mcm tu....mmg betul, semuanya bermula di rumah.
fokus pengajaran & pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kpd kehendak peperiksaan semata2. soal akhlak dan melahirkan insan yg bertaqwa bukan matlamatnya.
lebih mendukacitakan murid2 di pra sekolah program permata (yg diilhamkan rosmah bini najib) lebih fokas kpd duniawi tak jelas apa hala tuju utk menjadi insan akademis yg bertakwa...
Kita pun cikgu juga dulu...yang bloger tulis tu memang betul ...tetapi ada banyak sebab: Anatarnya
1. Peraturan tidak benarkan pihak sekolah ambil tindakan ke atas murid/pelajar membuatkan murid/pelajar mua;
2. Ibu-bapa terlebih sayang terhadap anak. Apa sahaja yang dikatakan oleh anak semua betul dan anak sentiasa dimenangkan. Ibu-bapa sentiasa menyalahkan pihak sekolah sahaja. Anak yang nakal akhirnya jadi jahat dan jadi samseng;
3. Kes-kes saman pihak sekolah dan para guru tidak dilindungi membuatkan guru-guru menjauhkan diri dari mengatasi masalah disiplin sekolah. Ada guru yang berpendirian dari diri kena saman dan dikasari, lebih baik jauhkan diri dari terlibat;
4. Campur tangan politik selalunya memenangkan ibubapa sebab harapkan undi ibubapa;
Post a Comment