Wednesday, February 6, 2013

UCAPKAN ALHAMDULILLAH


Bila Musa diberitahu Allah, Dia tidak mengantuk
ALLAH ITU DEKAT DGN KITA...ALLAH ITU JUGA SEDANG BERBICARA DENGANMU

Kadang2 kita manusia rasa jauh dgn Allah. Tapi Allah beritahu kita Dia dkt dgn kita. Kadang2 kita bertanya mengapa Allah tarik nikmat kekayaan kita? Kenapa Allah penjarakan kita? Kenapa Allah berikan kemalangan kpd kita? Kenapa Allah ambil nyawa ahli keluarga kita???...Ketahuilah sahabat FB ku sebenarnya Allah sedang berbicara denganMu.

Allah ingin memberitahu kita jgn sombong. Allah ingin meninjukkan Dia Yg Mencipta sekalian alam, Allah ingin menunjukkan Dialah yg patut disembah, Allah ingin mengingatkan agar kembali mengingati dan mentaatiNya. Sesungguhnya Allah itu dekat dan tidak pernah tidur menjaga alam semesta ini.

Saya pun teringat kpd kisah Nabi Musa a.s bercakap dgn tuhan. Baginda bertanya,"Wahai Tuhanku, bagaimanakah Engkau menjaga alam semesta ini?"

Allah tidak langsung menjawab pertanyaan itu, sebaliknya baginda disuruh mencari 2 botol kosong dan memegang kedua-duanya pada tangan kiri dan kanannya. Dalam keadaan berdiri memegang kedua-dua botol itu, tiba-tiba baginda mengantuk. Terlepaslah botol itu daripada tangannya. .

Allah kemudian menjawab pertanyaan Nabi Musa. "Wahai Musa, sekiranya aku mengantuk walau sedikit atau pun aku tertidur walau sedikit, nescaya rosak binasalah alam semesta ini. Tengok diri engkau tadi, dengan sedikit mengantuk sahaja, botol itu terlepas dari tanganmu."...Masyallah kitalah selemah-lemah manusia....kembali taatilah Allah...kurangkan tidur kita kuat amal kita...Insyallah.


~Norman Liverpool~

No comments: