Friday, February 22, 2013

MAAF CAKAP MELAYU !!!


Kalaulah org Cina beriman dan bertakwa penuhlah syurga dgn bangsa ini
ORANG BUMIPUTRA PENUH HASAD DENGKI...

Orang bumiputa sukar utk menandingi bangsa Cina kerana penyakit PHD terlalu tinggi walaupun mereka menguasai kuasa politik. Bukan bangsa2 lain tiada penyakit ini tetapi penyakit hasad dengki ini adalah wabak paling serius dlm masyarakat bumiputra.

Akhirnya org bumiputra jika ada kawan atau saudara maranya membuka kedai kereta, dia akn beli dkt kedai bangsa Cina sebab tak mahu bumiputra tu berjaya. Jika ada kedai rambut, dia akn pergi kedai saloon yg bukan kawan atau saudara dia punya. Kalau ada kedai makan dia akn pergi kedai Cina walaupun belum tentu halal dan haram makanan tersebut asalkan jgn bantu kawan atau saudara maranya.

Saya bersetuju dgn seorang rakan mengenai komen seorang Imam. Kata Imam tersebut, "Kalaulah bangsa cina tu beriman, bertaqwa....penuhlah syurga dgn bangsa dia saja sebab mereka berniaga tak ada perasaan hasad dengki, fitnah sana sini, sihir sana sini. Mereka hanya cemburu nak majukan diri sendiri tak macam bangsa kita, pantang naik sikit dah kena cantas, kena sihir dan kena santau."

Orang yg hasad dengki membakar diri dan hatinya. Hasad dengki tidak boleh dipadamkan melainkan kebaikan dan ketaatan diri kpd Allah SWT sahaja.

No comments: