Tuesday, July 31, 2012
RAHSIA GARAM ..AMALAN SUNNAH YANG TIDAK DI KETAHUI
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas
makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan
keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan
perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji
menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil
oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada
penentang mereka .
.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti
roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air
tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya
kandungan garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai
kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan
garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah
garam .
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk
keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan
air garam. Antaranya:
1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak
dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar
sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak
atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh
sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak
kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit
garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani,
bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam,
sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari
laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin
boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air
garam juga.
Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur
sedikit garam.
Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam
disapukan pada kulit yang gatal.
Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di
sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang
berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat
baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Bismillah: As-Salamu 'Alaikum. Baik rencana ini dan bermanfaat untuk semua. Izinkan saya share ye. Terimakasih.
wow best nya .makan garam banyak banyak .
Pengimport GARAM BUKIT HIMALAYA.
HUBUNGI:
AIRIST GLOBAL SDN BHD
48, JALAN RAJA LAUT, KL.
TEL: 032169 0571 FAX: 032169 0581
HJ DZUL: 0126439891
Mohon copypase hehe..
Saya mengamalkn pengambilan garam setiap pagi selepas bgn tidur dan sebelum tidu ( secubit). insyaalah tiada masalah perut meragam, x kira sebab apa pun termasuk gastrik. sgt bagus diamalkan terutamanya menggunakan garam bukit. Anda penah dgr GARAM BARIO? sila google khasiatnya. ;)
Post a Comment