Monday, May 7, 2012

TV 3 PUTAR CERITA LAGI...DAN LAGI!!!!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau tidak pernah menyebut akan meminda perlembagaan berkaitan agama Islam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pimpinan Pas itu mengakui tidak pernah menyebut untuk meminda perkara tersebut sebagaimana dilaporkan beberapa media tempatan, yang menimbulkan kontroversi pelbagai pihak.
Penafian itu sekali gus menjawab isu sebenar dan membuktikan laporan beliau mengenai perkara itu sebelum ini telah disalahtafsirkan.

“Saya tak sebut (pinda Perlembagaan), Perlembagaan yang itu juga. Tak betul, tak betul,” katanya kepada media ketika ditanya berhubung dakwaan beliau sebagaimana yang disiarkan media tempatan sebelum ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah umum di Kampung Bukit Tok Beng, di sini, semalam.

Media melaporkan parti itu berhasrat mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin iaitu sebagai cara hidup yang meliputi seluruh kehidupan manusia jika berjaya mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan tersebut, Abdul Hadi dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai Addin atau cara hidup, malah ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menjelaskan tiada sebab untuk meminda perkara itu kerana ia telah diterima rakyat negara ini termasuk bukan Islam.

Menjelaskan maksud sebenar mengenai perkara itu, beliau berkata, Pas mahu memperkasakan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan kerana ia didakwa tidak mampu dilakukan kerajaan ketika ini.

No comments: