Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Qalam 68:7)
Oleh itu (berpegang
teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau
menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah). (Al-Qalam 68:8)
Mereka suka kalaulah
engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak
ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). (Al-Qalam 68:9)
Dan janganlah engkau
(berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang
selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), - (Al-Qalam
68:10)
Yang suka mencaci,
lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),
- (Al-Qalam 68:11)
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang
melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, - (Al-Qalam 68:12)
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13)
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya
(maka ia mendustakan agama Kami)? - (Al-Qalam 68:14)
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia
berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu
kala". (Al-Qalam 68:15)
(Orang yang bersifat
demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas
hidungnya (yang berupa belalai itu). (Al-Qalam 68:16)
PAS akan saman NST !!!
Apa authority Rahin Noor hendak bercakap soal ugama ? Ya,
dia seorang Islam memang layak bercakap soal ugama..Tetapi Islam yang
bagaimanakah beliau? Islam yang sewenang-wenangnya membelasah OKT dalam lokap?
Islam yang sombong dengan jawatan dan pangkat?
Beliau tidak layak melebelkan seseorang itu Islam atau
sebaliknya apa lagi masyarakat Negara ini telah mengetahui sejarah dan
latarbelakangnya sewaktu menjadi Ketua Polis Negara.Apa lagi menglabel Tok Guru
Nik Aziz sebagai “Bapa Kafir”.
“Gelak
sampai nak termuntah!!!! Apa maksud "Father of Kafir"??? Adakah Bapa
kpd Orang2 Kafir??? Kalau itu maksudnya ok la sbb org2 kafir berbapakan
ulama'... insyaallah orang2 kafir tu akan jadi Islam..... lebih elok gitu
kan??? Kalau maksudnya BAPA KAFIR.... tak sesuai la... dulu hangpa marah org
PAS kafirkan org Umno... la ni ntah sapa2 ntah dia ni tiba2 Kafirkan org...
mengaji agama tang mana ulama' polis nie??? Dia mengaji belasah orang suku
mampoih halal gamaknya??”
Tidak hina TGNA sekalipun mereka menghina kerana jaminan
Allah swt sesiapa sahaja yg membela Allah dan agama para nabinya, dia akan
dimuliakan. Bila memandang wajah TGNA rasa tenang dan kita akan ingat
tanggungjawab kita pada Nabi saw dan Allah swt. Tok Guru kami tetap akan
bersamamu untuk menegakkan Islam, moga satu hari hati2 itu akan dibolakbalikkan
untuk nampak nur tersebut.
Bila manusia muslim tak memahami bahawa politik adalah
sebagian dari Islam dan sunnah nabi saw, macam-macam gelaran akan dilemparkan
terhadap ulama'. Nabi Muhammad saw sendiri
menerima pelbagai gelaran dari kafir
musyrik termasuk bapa saudaranya. Membantah dgn baik utk keadilan Islam adalah
petunjuk iman, keyakinan dan sokongan untuk mereka yg dizalimi dan menyedarkan yg
menzalimi, yg menuduh itu lebih wajar diteliti.
Anakmuaallaf kata - Ingat Rahim Noor ! semasa kamu pakai uniform dengan berketul paku atas bahu ada la anak buah takut dengan kamu..Tapi ..hormatkah mereka pada kamu? Adakah dengan tabik orang bawahan kamu rasa bangga hingga kamu lupa diri? Tangan kamu akan diperhitungkan diakhirat kelah dengan dosa-dosa kezaliman kamu. Kerana pangkat kamu merintis lorong ke lembah Neraka Allah..BERTAUBATlah kamu selagi hayat masih ada..Allah maha penerima taubat!!!
3 comments:
SIJAHIL YANG TAK TAHU DIA JAHIL
Kata Hukama' manusia itu empat golongan
1. Orang yang tahu sedang dia tahu yang dia tahu(berilmu) orang ini berilmu, maka ikutilah dia.
2. Orang yang tahu(berilmu) sedangkan dia tidak tahu yang dia mengetahui (berilmu)orang ini lalai maka sedarkan lah dia.
3. Orang yang tidak tahu(jahil) sedangkan dia tahu yang dia tidak tahu(jahil) orang ini perlu bimbingan ,maka bimbinglah dia.
4. Orang yang tidak tahu(jahil) sedangkan dia tidak tahu(jahil) yang dia tidak tahu(jahil) ,orang ini jahil nya (berlapis lapis) maka tinggalkanlah dia(dengan kejahilan dan kebodohannya)
SIJAHIL YANG TAK TAHU DIA JAHIL
Kata Hukama' manusia itu empat golongan
1. Orang yang tahu sedang dia tahu yang dia tahu(berilmu) orang ini berilmu, maka ikutilah dia.
2. Orang yang tahu(berilmu) sedangkan dia tidak tahu yang dia mengetahui (berilmu)orang ini lalai maka sedarkan lah dia.
3. Orang yang tidak tahu(jahil) sedangkan dia tahu yang dia tidak tahu(jahil) orang ini perlu bimbingan ,maka bimbinglah dia.
4. Orang yang tidak tahu(jahil) sedangkan dia tidak tahu(jahil) yang dia tidak tahu(jahil) ,orang ini jahil nya (berlapis lapis) maka tinggalkanlah dia(dengan kejahilan dan kebodohannya)
Biarkan dia ( rahimnor) itu membawa kejahilan dan kebebalannya di hadapan ALLAH di Akhirat.
Kalau bagi Rm500 Kedai1 Malaysia 200Rm buku rm100 sekolah klinik 1 Malaysia dll MB Kalid dan N.ajis senang senang bole bagi malah lebih dari tu tapi KENA KOREK PASIR DALAM SIKIT lagi supaya Kajang dan Klang tak Banjir 2 kali Tahon ni ! Berangan tak kena BAYAR kan Free jadilah setakat berangan aja. Tapi kalau menyokong kuat dengan duit Ambiga yang Memurtadkan Lena JOY dan amalan SEKS bebas tak ke Najis dan PAS pun sama juga ?Nauzubullah.
Post a Comment