Friday, April 27, 2012
CERITA BERSIH 3.0 - WAJIB BACA
Ini hanya cerita rekaan....
Situasi 1:
Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.
Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.
Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :
"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."
Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :
"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”
Situasi 2:
Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.
Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam.
Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.
Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.
Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan utk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.
Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.
Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:
"Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam utk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, makan orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang."
Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.
Orang yang betul memahami agama pula berkata:
"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil utk memajukan sukan bola utk negara.
Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B?
Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."
Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.
Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?
----------------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam, situasi 1 : Tidak kira siapa pun sbg individu samada ia alim@ zalim, apabila Allah SWT gerakkan hatinya utk menyelamatkan , maka org ini akan pergi selamatkan, tetapi apabila rumah tu melepasi 60% kebakaran, wpun org yg Allah SWT gerakkan hati tadi, tetap mempunyai niat tetapi memandangkan ia boleh memudaratkan dirinya, lalu dia pun berserah kepada Allah SWT dan berkata " ini adalah Kada & Kada Allah. Dalam membantu hal2 sedemikian, majoriti org akan melihat pada keadaan dan bukan siapa yg memimpin utk selamatkan keadaan. Tetapi jika org yg di sangka pemimpin tadi, sebenarnya membakar, lalu minta tlg org lain, kerana ia mungkin nak claim insuran dari syarikat insuran barat. Mermbolehkan sesapa saja yg nak tolong itu seolah olah menjadi saksi kejadian...bagi org yg dah nampak sebelum terbakar, dia akan kata, pemimpin itu cuba menipu. Bagi org yg x nampak, sanggup mengadaikan naywa sedagkan pemimpin itu WAJIB selamat kerana dia perlu hidup utk menuntut tuntutan insuran itu
Situasi 2 : Wpun team A rosak segalanya baik dari segi apa pun pandangan saudara, sepatutnya, team B menggunakan akal, bukan menjemput seorg@ kumpulan yg berfahaman lain utk melawan team A tetapi tanpa mengunnakan duit kumpulan bantuan, team b boleh berjaya dgn hanya akur dan masuk team a, dan musahabahkan team a dari masa ke semasa, dan bukan suka melihat team a itu hanyut.
bagi saya BERSIH itu SALAHkrn :
1. Pemimpin KAFIR yg DI KETAHUI(di sahkan latarbelakangnya) beria ia memberitahu dunia dan masyarakat msia, org islam kalu nak tukar agama kristian, boleh lakukan cara yg dia tunjukkan pada umum. Yakni mewakili si MURTAD dan MENCABAR UNDANG@ Negara ini. Secara lansung, mana2 org islam yg x beriman di bolehkan menukar agama di negara islam dgn memburuk burukkan sistem perundangan negara islam itu sendiri.Dan diketahui oleh mata org2 BARAT. Adakah ANDA akan menyanjung PEMIMPIN SEDEMIKIAN
2. Pemimpin ini lebih menyuarakan hak kebebasan manusia dan menyokon kegiatan LGBT. ADAKAH ANDA tidak merasakan perbuatan nya ini boleh mengalakkan pemuda2 islam melayu mendapat satu harapan baru untuk senang2 mengitirafkan diri mereka yg dilindungi oleh oreg2 begini, dan diiktiraf pula oleh dunia barat.
3. Butakah saudara, pemimpin ini mendapat anugerah dari amerika & France..atas sebab apa??? Sekiranya dia dapat pengiktirafan dari negara2 se;perti ARAB SAUDI, mengkin IRAN atau kuwit, baharin, UAE ...boleh lah juga kita pertimbangkan...
Bagi pemimpin islam yg menyokong bersih, saya x mahu komen krn mereka ada Allah SWT, AlKuran, hadis dan usuluddin...fikirkan lah sendiri.
Saya bukan lah menyokong kerajaan mahupun pembangkang, tetapi saya lebih memikirkan kedudukan org melayu yg mudah lupa pada pemimpin melayu lama yg bersusah payah menghidupkan org2 melayu selama ini
cerita yang menarik....
adakalanya lain yang tersurat, lain pula yang tersirat! umpamanya kepada sebilah pisau, setiap orang punya pandangan dan tujuan tersendiri yang barangkalinya berbeza!
cerita bodoh....
Kalau anda pergi ke sekolah anak anda, terdapat cina, atheis, hindu yang mengajar anak anda.. takde masalah. Sy rasa tuan perlu banyak hadir ke program-program agama, baca quran, zikir, solat malam.. insya allah kita akan diturunkan hidayahnya...
Post a Comment