Wednesday, March 7, 2012

SISWI UPSI SELAMAT DIKEBUMIKAN

 

Pusara Arwah Fatini (siswi UPSI) yang meninggal akibat kemalangan di Grik malam semalam disirami air mawar oleh teman-teman seperjuangan setelah disemadikan.

Mereka yang bersama-sama tiga lagi rakan mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke UPSI setelah menziarahi keluarga seorang rakan mereka, Nor Halawati binti Zulkifli yang telah kehilangan ayah mereka minggu lepas.

Kesemua lima rakan itu berhasrat mahu memberi semangat kepada rakannnya, Halawati setelah ayah rakannya itu meninggal dunia di Kedah tetapi tidak menyangka sebaliknya pula yang berlaku.

Dalam kejadian tersebut, 2 orang siswi UPSI telah kembali ke rahmatullah di tempat kejadian dan 3 orang lagi cedera dan dihantar ke Hospital Baling, Kedah.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Nurul Hidayah dan Fatini Mohamad manakala tiga lagi siwi, Aisyah Mardhiah, Hamidah Mamat dan Abqariyyah masih dirawat di hospital.


Sumber Gambar : TNC Hepa Upsi

No comments: