Tuesday, March 20, 2012
PM NAJIB PEJAM MATA ISU MAS !!
MALAYSIA PRIME MINISTER: Hentikan Kemusnahan MAS
Why This Is Important
1. MAS adalah syarikat penerbangan negara yang mana ia harus dipertahankan daripada mana-mana campur tangan syarikat penerbangan swasta.
2. Sebagai syarikat penerbangan negara dan nasional, MAS menjadi pintu utama dan duta untuk pelancung asing mengenali budaya, kemesraan dan adat Malaysia.
3. Pengambil alih saham MAS telah membuat semangat dan moral pekerja MAS menurun dengan drastic, akibatnya, tahap servis akan menurun. Ini akann hanya memburukkan imej negara di mata antarabangsa,
4. Pengorbanan dan kemajuan yang dicapai oleh MAS selama lebih 40 tahun akan lenyap begitu sahaja akibat kerakusan Air Asia yang hanya mahu menamatkan legasi MAS.
5. MAS mempunyai 18,000 pekerja yang mana mempunyai kuasa undi untuk mengubah nasib mana-mana kuasa parti politik. Pengaruh ini akan berlipat kali ganda bila saudara mara dan sahabat handai bersimpati keatas nasib keluarga dan sahabat mereka yang akan dibuang kerja kelak
6. MAS harus diberi peluang untuk bersaing secara terbuka dengan Air Asia. “Kejayaan” yang dikecapi oleh Air Asia selama ini adalah hanya wayang kulit kerana ia terbukti bahawa Air Asia banyak berhutang dan tidak mesra rakyat.
7. Air Asia hanya mahu mengambil aset utama didalam MAS untuk kepentingan pertumbuhan Air Asia.
8. Penyelewangan kewangan yang jelas telah berlaku apabila berlaku pertukaran saham MAS dan Air Asia yang mana ternyata tidak seimbang dan berat sebelah.
9. Security Council Bursa Saham Malaysia telah menyatakan bahawa ada unsur penyelewangan dalam urusan pertukaran saham MAS dan Air Asia tetapi setelah lebih dari 3 bulan, masih belum ada apa-apa siasatan.
10. Penutupan destinasi popular seperti Surabaya, Rome, Dubai, merupakan kerugian besar kepada MAS. Air Asia akan mengambil alih destinasi ini untuk mengaut keuntungan.
11. Salah guna kuasa dan kewangan MAS telah berlaku apabila MAS perlu menaja sejumlah wang yang besar untuk pasukan bolasepak liga Inggeris yang menduduki ditangga tercorot demi kepentingan impian individu.
12. Pihak pengurusan MAS yang baru dengan sengaja meracun operasi MAS secara perlahan-lahan demi untuk menjatuhkan imej MAS dikhalayak ramai.
13. Adalah satu tindakan biadap dan kurang ajar apabila pemegang saham MAS, Tony Fernandes, untuk memboikot kenaikan cukai airport LCCT 2. Tindakannya untuk menghasut rakyat untuk melawan cukai itu merupakan satu tindakan seorang pembelot yang mana wajar dihukum.
14. Satu tindakan "day light robbery" oleh Air Asia bila mempunyai niat untuk mengeluarkan MAS dari bursa saham Kuala Lumpur dan menjual kembali anak syarikat MAS seperti MAS Engineering dan MAS Cargo kepada Air Asia dengan harga yang murah.
15. Air Asia akan membebankan MAS dengan hutang yang banyak dari perbelanjaan Air Asia membeli pesawat baru, kos operasi dan membaik pulih pesawat baru dan lama Air Asia.
Kami mahukan Dato Seri mengambil langkah drastik dan tegas diatas penyelewangan ini. MAS harus diberi peluang untuk menjalankan operasinya tanpa campur tangan dari Khazanah dan kerajaan yang jelas tidak faham akan oeprasi dan strategi industri penerbangan.
Kejatuhan MAS berpunca dari pengurusan individu yang tidak layak menerajui MAS. Apakah selepas kegagalan individu-individu ini kerajaan masih buta? Aset hartanah MAS yang beratus juta ringgit telah dijual untuk memberi gambaran keuntungan palsu.
Apakah dengan pemberian kontrak MAS (catering, sistem tiket, pembersihan kabin pesawat dll) kepada sanak saudara dan krooni-kroni individu tertentu masih tidak jelas bahawa ia tidak menguntungkan MAS, malah merugikan.
Sekiranya Dato Seri mahu menyakinkan rakyat bahawa kerajaan mendahulukan rakyat, buktikan janji Dato Seri dengan mengambil kisah isu MAS ini dan berbuat sesuatu sebelum terlambat.
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=634991
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
kite melihat isu ini dri sudut berbeza, Dato Tony akan dikambing hitamkan kerana MAS sendiri merupakan liabiliti dgn kerugian berbillion. Lebih baik biarkan MAS tenggelam dan mengheret ameno BN bersamanya.
Kepada Dato tony, tak ada beban batu jangan di galas.
KLIK:1AMAH 1TUGAS SLOGAN BARU
Post a Comment