Sunday, March 4, 2012

AMAL DAN ELAK BAGI MENJAUHI PENYAKIT GOUT DAN BUAH PINGGANG


Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::
1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15.. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England 
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

11 comments:

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Terima kasih perkongsian tips yang bernilai ini. Kesihatan perlu dijaga agar ibadah kita dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Untuk sihat bukan semata-mata berdoa, tetapi perlu usaha untuk kekal sihat atau usaha cari ubat dan penawar selain elakkan dari perkara yang boleh memudharatkan. Akhir sekali bertawakkallah. Semoga ubatan yang diambil atau diamalkan itu dapat membantu, dengan izin Allah jua.

TQ

al-brangi Online said...

terima kasih kerana berkongsi maklumat.

Mohd Razif Maslan said...

al-brangi Online said.. terima kasih kerana berkongsi maklumat.

Aik bang hj jgn terima kasih aje ... mesti beramal dgn saranan ini ... khususnya utk kita ber2 ... he he he

anakmuaallaf said...

Saya buat posting ini ats pengalaman jaga Abang Haji saya yang terserang gout..
Alhamdulillah bila dah control diet dan makan herba Alhamdulillah dah baik sekarang ni..
Jika nak cuba herba itu inbox dlm fb saya...

Cerita Berita said...

Salam Kak...Sempoi artikel ni, saya copy paste ya kak...TQ

Unknown said...

banyak sangat tak boleh makan, nak tanya sikit adakah sipenulis mengamalkan nasihat sendiri.

Unknown said...

Jangan marah Fizal sipenulis cuma bagi tips je tu...

Unknown said...

Apa jenis.herba tu arr

Mrs Hairina said...

sy nak tau gak ape herba tu.. husband sy diserang gaot ngan kerap skrg.. dulu 2 bln sekali.. skarang ni 2 mgu sekali... stitcholics@gmail.com

anakmuaallaf said...

Mrs Hairina http://www.blogger.com/profile/03284370514707127965
Boleh bagi hp no di email kak leha
zaleha.mohdsaid@gmail.com
nanti akak beritahu detail pasal herba tuuu...

Anonymous said...

Faizal Musa... saya dah 13 tahun mengalami gout sejak umur 26. Tak jadi masalah berpantang dgn saranan tuan tanah tu... 3 bulan sekali, amik jugak sikik.. jangan bedal sepinggan pulak tau.. Ubat doktor langsung x ambil sbb kandungan kimia yg x serasi dan merosakkan kidney.

Tambahan, buah pelam kuinin dan pelam sala cukup berbisa... elakkan atau jangan cuba2 rasa.. sotong kering dalam apa jua bentuk.. ini makan kalu, 30 minit serta merta dpt kesannya. Muscle spasm dan joint jadi jammed.

Tolong banyakkan air mineral biasa pH sekitar 7.3... pH 8 hingga 9 kena jarang2.. seminggu 2-4x.. disarankan beli air botol spritzer 600ml = 600gm, minum sekurang2nya 6 botol sehari. Saya sediakan 24 botol di pejabat dan rumah. RM24 je sekotak utk seminggu.

Saranan tuan tanah cukup bernas. Tak jadi masalah nak berpantang atas sebab semua makanan yg dilarang tu memang memudharatkan malah akan sakit jika diambil. Ada 2-3 makanan yg disarankan ambil tu, saya kurang setuju. Tapi ok, jgn ambil banyak. Kenali makanan beralkali tinggi sekitar pH 8-10.. makan mentah2 slps celup air panas.