Mahasiswa Malaysia 2012 ,Adam Adli,Amar dan Safwan
Mereka mewarisi kepimpinan 10 thn akan datang.mereka matang dan menguasai teknologi terkini dan bakal bersaing didunia global.secara teori dan maya mereka mempunyai segala informasi ekonomi,politik dan sosial dunia dengan capaian dan jaringan tempoh beberapa saat dari semua lokasi.
Pemimpin bijak mengurus kemaraan anak muda
Menyekat kemaraan mereka dengan pelbagai halangan undang undang dan kekerasan fizikal bakal merosakkan masa depan negara dan ummat.Sebagai pemimpin negara yg sudah 53 tahun mentadbir politik dan negara, mengurus kebijakan dan kekreatifan mereka adalah cara terbaik menangani youthquake dan memandu mereka ke arah kebaikan adalah tugas utama kita.
peristiwa tengahmalam 1hb januari 2012 adalah detik cemar dalam sejarah demokrasi Malaysia.Mahasiswa tidak pernah punya sebab untuk memusuhi polis yg bertugas menjaga keamanan negara.Polis juga seharusnya tidak punya masalah untuk menemani anak anak muda bijak dan sedar merintih tentang hak seorang rakan mereka, gaji mereka tetap berjalan dan perhimpunan ini tetap aman, andai provokasi menyuraikan mereka tidak dibuat dgn herdikan dan kekasaran.Fitrah dan sifat anak muda darah dan ego mereka tak mudah digoyah dan dipatah dengan kita yg tua meluahkan aksi marah dan jerkah!
Kita percaya ramai dikalangan polis tadi pernah melalui zaman remaja dan pasti juga mempunyai anak lelaki remaja yg tidak sependapat dengan ayahnya.Dan pasti ayah tadi yg bertugas sebagai polis tidak akan menggunakan sepak terajangnya di rumah untuk mendamaikan anak mudanya yg membangkang pendpt.
timbul persoalan disini siapa yg mengarahkan dan mahukan mereka ini di pukul , kenapa dipukul dimuka dan di dada dan kenapa harus dilakukan seolah satu pendekatan gangsterisma dengan membuat serangan dengan cara berkumpulan dan bersenjata terhadap sekumpulan pelajar yg tak bersenjata dan bukannya penjenayah????
Mohon maaf
Perbuatan memohon maaf adalah satu dogma mulia dalam adat dan masyarakat,tetapi memberikan kemaafan tanpa dipinta dan dirayu adalah lebih mulia dalam agama dan etika.Mohon maaf harus dibuat dengan sukarela dan penuh sedar, bukan dengan terpaksa .Sebagai manusia terpelajar, anak muda Adam Adli punyai sebab yg kukuh dr dalam dirinya untuk tidak berbuat demikian.
Kita juga penuh peka tidak semua tindakan selesai dengan lakonan maaf, kenapa pemimpin negara, para pak menteri dan org kuat umno khususnya tidak meminta mantan pemimpinnya yg disabit kesalahan oleh mahkamah Malaysia menyalahi amanah negara memohon maaf secara terbuka kepada rakyat sedangkan mereka lebih dewasa dan kesan busuk perbuatan mereka meratai semua lapisan masyarakat.
Sopan santun budaya kita
Apa sudah jadi dengan amalan bersopan santun dan mesra piagam pihak berkuasa? Adakah ini terhad untuk pemimpin yg dipuja dan bukan untuk semua?Budaya apa yg hendak dipamerkan budaya ganas,tak sabar dan tidak hikmah dlm bertindak? kalau yg dihadapi oleh polis ini adalah jenayahpun mereka punya pertimbangan dan SOP bertindak, mahasiswa kita baru mula menyatakan pendirian dan kehendak mereka dengan suara,sunyi dari sbrg kekerasan mahupun senjata.
Sempena thn baru 2012 semua pihak harus belajar menerima hakikat bahawa dunia sudah terbuka dihadapan kita , kita harus menerima budaya bersetuju untuk menyatakan tidak setuju adalah satu evolusi baru pemikiran dan pendekatan masyarakat kini.Al quran menyarankan dakwah dengan hikmah, nasihat yg baik dan bersemuka dalam berhujah demi mencari kebenaran bukan melempang semua yg tidak sebulu dengan kita????
~YB Mumtaz Md Nawi~
No comments:
Post a Comment