Tuesday, January 10, 2012

CATATAN KAK WAN AZIZAH YANG CUKUP SEBAK


coretan wan azizah


SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."
Sinar Harian 




25 comments:

JAKA said...

datin seri ku doakan anda dan keluarga selamat sejahtera dunia akhirat.

sejarah suka duka kalian akan ku ceritakan kepada anak cucu di kemudian hari.

kaulah serikandi zaman ini.

biarlah silat lincah menganugerah serikandi kepada perempuan laknat pembawa fitnah umpama pontianak.

tapi datin seri tetap serikandi perjuangan dihati rakyat dan suami tercinta.

Anonymous said...

Menitik air mata membaca.. Apalah rasanye bila suami menghadapi tuduhan sehina itu..semoga allah memberi perlindungan kepada yg teraniaya..semoga azab yg amat dasyat diberi pada yg menganiaya..

Anonymous said...

alhamdulillah :)

Anonymous said...

syukur mssih diberi peluang untuk bersama keluarga. pada abang nuar jangan siakan peluang ke dua ini

Ahmad Munir said...

mashaAllah. mohon share.

saya naila said...

sedih baca catatan wan azizah....alhamdulillah semuanya sudah berakhir

saya naila said...

sedih baca catatan ni...alhamdulillah semua penderitaan mereka sudah berakhir..

arco iris niña said...

bila mana perjuangan itu benar, maka Allah menyenangkan lagi urusan perjuangan. Meski bermula dgn air mata, tapi akhirnya sebuah bahagia mengiringi jua :)

la_abwa said...

Sayu dalam syukur...Allahamdulillah.

Siti Aisyah Muhammad said...

Saya agak stress bila rakan2 FB ada yang menanti keputusan esok dengan penuh debar.
Kita hanya mampu meminta kepada Allah kerana Allahlah tempat kita berlindung.
Lalu semalam saya berdoa.

" Ya Allah, tunjukkanlah kekuasaanMu, engkau Maha melihat, Engkau maha mendengar dan Engkau Maha mengetahui segala2nya. Berilah kekuatan kepada hakim untuk memberi hukuman yang adil, berilah satu keajaiban pada hari esok kerana aku tahu Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa hanya satu golongan hakim yang akan masuk syurga. Dua golongan lagi akan masuk neraka. Ya Allah tolonglah hamba2Mu ini ya Allah, kami menunggu janji2Mu akan memberi pertolongan kepada orang2 yang menolong agamaMu ya Allah".

Itulah keputusannya yang kita terima hari ini.

ummuwafa67 said...

Memang sebak bila membacanya, sehingga mengalir air mata tanpa sedar. Catatan duka dan resah seorang isteri. Aku berharap selepas ini Kak Wan akan hidup dengan aman dan tidur yang nyenyak setelah sekian lama dia tidak merasai nikmat itu.

rashid.abuabas said...

:) kisahnya...
http://rashidliar.blogspot.com/

Unknown said...

Kesian Kak Wan Azizah..... kalau aku di tempatnya mahu aku lari jauh jauh..
Tinggalkan bidang politik ini... arena politik ni yang kotor...
hakim yang sebenar benarnya ALLAH...
saksi yang sebenarnya ALLAH
sesungguhnya Allah tidak pernah lalai..
Kena tanya Abg Nuar... dan Abg Nuar kena jawab dgn jujur kerana di saksikan ALLAH....

Anonymous said...

alhamdulila...

riani nana said...

menitis air mata tatkala membaca catatan ini.. semoga keluarga DSAI sentiasa dalam rahmat Yang Esa...

Hadriah Mu said...

Sebak menyelami sejenak hati seorang isteri bernama Wan Azizah. Syukur Alhamdulillah..Allah maha mendengar rintihan dan doa munajat seorang isteri yang beriman..TAHNIAH! & teruskan perjuangan..

udontno said...

Wan Azizah seorang isteri yang hebat ! Tapi kita tetap tidak tahu apa yang sebenarnya. Zina & Liwat kerja sulit. Allah tahu.

Rosaiza Azira Bt Rosli said...

syukur pada ILAHI segalanya milik ALLAH...semoga bahagia yg datang kekal buat selamanya....tinggal lah politik...ALLAH maha tahu....usia yg berbaki tumpukan pada keluarga n ibadah yg resah dek musibah sebelum ini...semoga Malaysia dipimpin pemimpin yg benar agar laknat ALLAH dijauhkan dari bumi MALAYSIA yg tercinta...amin...terharu atas pengorbanan seorang isteri tanda cinta buat suami ...

fadhil baserah said...

bila fitnah ditabur sebegitu rupa.rakyat seperti ku ini tidak terdetik tentang penderitaan yang dihadapi seorang isteri apabila suami di fitnah sebegitu rupa..mudahan dengan pembebasan ini.segala keresahan duka derita dapat dilerai dan terubat..moga negara ini akan dipimpin oleh pemimpin yang sebenarnya layak pada masa akan datang.amin.. saya sokong kepimpinan DSAI dan Datuk Seri Azizah

yg lara said...

sedihnye bc!! nk nangis!! sob3 :( smoga dsai learn from mistake! ya ramai lg yg akn jatuhkn dsai tp dsai plezzzz dont do a mistake again!!ramai syg dsai!!!insyaallah dsai akn jadi pm kalau ati ikls

aiman said...

YaAllah, yang maha pemurah lagi maha penyayang, kau tunjukkan lah yang hak itu hak , yang batil itu batil, kami berserah pada mu segala apa yang engkau tentukan. sesungguhnya engkaukah yang maha mengetahui terhadap apa yang engkau tentukan.

doa ini sya tuju khas buat keluarga anwar ibrahim.wan azizah sama batch dgn ayah saya masa belajar diluar negara. gambar kenangan tersebuat ada dalam album kami.8 orang pelajar kesemuanya

Anonymous said...

Datin Seri saya kagum dengan ketabahan datin. rasanya tak mampu semua orang untuk bertahan dengan dugaan sebesar ini.Setiap kebenaran pasti ada bahagianya.

yongwonhifathiah said...

SAYA TAK MAMPU NAK MENGHABISKAN BACAAN AIRMATA TAK DPT NAK TAHAN LAGI..,DPT MERASAKAN KEHEBATAN WANITA SBG ISTERI BEGITU SETIA BERJUANG DISAMPING SUAMI,FAHAM PERJUANGAN DAN KEBENARAN ,KECEKALAN ,TERTANAM DIDLM HATI..ALLAH MAHA MENDENGAR...WE MUST STAND WITH OUR PRINCIP

Anonymous said...

masaallah..mohon share...

Anonymous said...

Tanggal 9 Jan adalah harijadi saya. Tarikh 9 Jan adalah tarikh keramat yang tidak akan saya lupakan. Tarikh 9 Jan adalah penuh dengan doa untuk keluarga DSAI. Memang gerak hati mengatakan yang DSAI telah dianiaya. Tetapi yang nampak nyata adalah ketabahan Datuk Seri Wan Azizah menghadapi masalah ini. Dalam keresahan tetapi tenang dan masih mampu tersenyum. Ucapan "ALLAH" tidak pernah lekang dari setiap ucapannya. Begitu setia dan tabah perjalanan seorang yang bernama AZIZAH BINTI ISMAIL. Betapa bertuahnya keluarga ini yang sentiasa bersatu hati.

Syukur kepadaNya dan Tahniah kepada semua.