Wednesday, December 28, 2011

WCA WANITA SUKA-PRESIDENNYA PUN PORNO?

Filem: Muslimat PAS bidas Wanita MCA
  
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) membidas kenyataan Wanita MCA yang menyamakan PAS dengan Taliban kerana membantah keputusan kerajaan untuk menyerahkan urusan penapisan filem kepada penerbit dan pengimport filem.

Timbalan ketuanya, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, PAS khususnya DMPP tidak bodoh untuk menyekat siaran televisyen jika memerintah negara, seperti yang didakwa Setiausaha Wanita MCA, Chew Lee Giok semalam.

Siti Mariah sebaliknya menyifatkan Wanita MCA tiada isu selain bertindak menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya bukan Islam.

"PAS sudah 50 tahun di Malaysia dan Muslimat PAS bukan baru. Kami sudah jadi Ahli Parlimen dam sebagainya, adakah kami kami bertindak macam taliban?

"Benda yang baik kami sokong, tapi perkara ini (urusan penafisan filem) adalah perkara yang paling penting," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Menjawab andaian Wanita MCA bahawa PAS akan menyekat semua siaran hiburan di televisyen, Siti mariah berkata, PAS tidak akan melakukan perkara yang tiada dalam manifesto dan Buku Jingga pakatan Rakyat

"Semua ini tidak ada dalam Buku Jingga dan manifesto PAS, takkan PAS nak sekat semua stesyen televisyen?

"Kita sudah sampai ke satu tahap tak ada sesiapa boleh terima kita nak tutup Astro dan lain-lain, itu adalah tindakan bodoh," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Semalam, DMPP menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik keputusan untuk menyerahkan tugas menapis filem kepada penerbit dan pengimport filem mulai tahun hadapan.

Sebelum ini penapisan filem adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF).

Pada sidang media sama, Siti Mariah turut mempersoal fungsi akta LPF apabila urusan penapisan bukan lagi di bawah tanggungjawab mereka.

DMPP juga katanya bimbang keputusan kerajaan itu akan diambil kesempatan oleh penerbit filem untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kesan filem kepada masyarakat.

"Apa guna akta LPF yang ada sekarang, yang hanya boleh dikuat kuasa hanya melalui LPF?

"Bila serahkan urusan penapisan filem kepada penerbi, siapa yang akan beri kelulusan? Siapa yang akan ambil tindakan jika penerbit membuat kesalahan?" soalnya sambil menganggap isu itu seolah-olah tenggelam di sebalik isu "panas" yang lain.

Sehubungan itu, pihaknya akan bertemu dengan KDN minggu hadapan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

"Selain itu, kempen mendapatkan tandatangan rakyat yang membantah keputusan itu akan digerakkan sesegera mungkin.

"Kami yakin rakyat akan menyokong tindakan muslimat ini kerana ibu bapa, guru-guru, sangat bimbang dengan kemunculan drama dan filem yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia," katanya

1 comment:

Anonymous said...

mca memang kurang ajar