Wednesday, December 14, 2011

APA NAK KATA UTUSAN !!!

Mahkamah sahkan Guan Eng bukan Anti Melayu, Utusan didenda RM225,000 GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang petang tadi mengesahkan Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bukanlah anti Melayu atau anti Islam sebagaimana yang difitnahkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Hakim Vargahse a/l George Varughese dalam penghakiman kewangan mengarahkan Utusan membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 kos kehakiman. Guan Eng dalam reaksi spontan di luar kamar perbicaraan menganggap keputusan hakim itu sebagai "kemenangan atas kebenaran". Beliau berharap Utusan tidak lagi mengfitnah mana-mana pihak sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Editor Utusan, Zulkiflee Bakar dalam tulisan rencana "Kebiadaban Guan Eng" pada 20 Disember tahun lepas. "Apa yang nak saya sebut (saya, kerajaan negeri dan DAP bukan anti Melayu), hakim telahpun sebut (putuskan). "Saya rasa untuk Utusan kembali menjadi media masa yang bertanggungjawab, mereka haruslah bertaubat. Tetapi, saya yakin mereka tidak mahu bertaubat dan sanggup bayar saman (malu) ini. "(Kemenangan) ini adalah langkah pertama, kita (Pakatan Rakyat Pulau Pinang) mesti berjiwa besar demi kepentingan rakyat," ujarnya di luar kamar perbicaraan, di sini. Bercakap pada sidang media yang sama, peguam Jagdeep Singh menjelaskan kemukinan Utusan membuat rayuan di mahkamah untuk mengetepikan kemenangan anak guamannya, Guan Eng. "Mereka berhak rayu tetapi mereka kena bayar kerana ini 'Kehakiman Kewangan'," ujarnya. Perkembangan terbaru ini sekaligus memberi tamparan kepada pembangkang di negeri ini, khususnya Umno yang selama ini menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Guan Eng menindas orang-orang Melayu. TAHNIAH!!!! YB LGE DAN PAKATAN RAKYAT......

No comments: