Wednesday, October 19, 2011

PAS TIDAK TERLIBAT DENGAN HIMPUN

TERKINI : HIMPUNAN SEJUTA UMMAT... PAS UMUMKAN TIDAK AKAN TERLIBAT HIMPUNAN INI. HARAP MAKLUM !!!BERIKUT KENYATAAN MEDIA TG HADI AWANG. PAKATAN RAKYAT AKUR DENGAN KEPUTUSAN INI & TIDAK TURUT TERLIBAT SAMA...



PAS yang mengadakan mesyuarat Lajnah Politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti- parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang- undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana- mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihanraya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan- badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

2 comments:

tungkaran hati said...

Semakin hari semakin jelas akan perjuangan PAS yang tersasar....PAS menggunakan Islam untuk menolak perjuangan dan perpaduan Islam, jadinya perjuangan PAS untuk apa?
Renung-renungkan dan selamat beramal untuk kebaikan!

anakmuaallaf said...

TUKARAN HATI,

PAS tidak terlibat kerana PAS adalah Parti Politik..Tetapi tidak bermakna PAS menolak HIMPUN...

Pada pendapat peribadi saya PAS telah sekian lama memperjuangkan bab aqidah umat Islam..Sebab itu PAS mahu HUDUD dilaksanakan..Tetapi pemerintah hari ini menolak dengan gaya bahasa yang berlainan tetapi maksud yang sama...