Wednesday, September 7, 2011

MUSLIMAT PAS AKAN AJAR KHAIRY ADAB DENGAN ORANG TUA

Sekalung ucapan tahniah buat Dewan Muslimat PAS Pusat. Sehingga artikel ini ditulis saya tidak melihat mana-mana sayap PAS membuat kenyataan terhadap tuduhan "biadap" khairy keatas Timbalan Presiden PAS. Dewan Muslimat PAS memang peka dalam semua isu. Muslimat PAS lebih terkehadapan dalam menangani isu.


Saya cukup setuju dengan cabaran dari Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Saudari Aiman Athirah ,  yang sanggup memikul dan mengambil tanggungjawab untuk berdebat dengan Khairy.Sesuai dengan kelulusannya , Ijazah Sains Politik. Athirah akan mengajar Khairy bagaimana adab berpolitik dengan orang dewasa. Adab Melayu, "bila orang tua bercakap budak-budak jangan masuk campur"..Khairy tidak faham adab Melayu walaupun namanya Melayu.


Baca disini statement dari Athirah




Bagi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat YB Ustazah Zailah, beliau memberi kepercayaan penuh kepada Athirah kerana Athirah mampu mengajar Khairy adab berpolitik.Fakta kita berhujah dengan fakta. Khairy perlu sedar dia tidak layak untuk berdebat dengan Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Khairy tidak perlu mencari publisiti murahan untuk kekal sebagai calon PRU 13 nanti. Yang layak berdebat dengan Hj Mat Sabu ialah Muhyidin Yasin.

Saya yakin sifat keibuan muslimat mampu "menelanjangi" Khairy adab-adab berpolitik dalam Islam. Jika Khairy rasa dia anak jantan sila sahut cabaran Muslimat PAS Pusat.  


No comments: