Sunday, September 11, 2011

JAMUAN RAYA ATAU PILIHANRAYA ???

Rumah Terbuka Malaysia atau Pilihanraya ni? (Gambar)

Hari ini Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Majlis anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Dan diberitakan juga bahawa Najib akan turut serta..

Hari ini meriahlah persediaan untuk menyambut Najib dilakukan di kawasan Permatang Pauh, mana-mana jalan yang bakal dilalui Najib yang didapati berlubang ditampal JKR hingga ke petang.

Dinding Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang sudah kelabu bertukar menjadi baru setelah dicat semula dengan tergesa-gesa hingga ke petang tadi.

Katanya ini Program Kerajaan Pusat.. tapi kalau korang tengok sebahagian dari gambar di bawah ianya tidak lebih dari Program UMNO..
Ini Program Kerajaan Dato.. Bukan Program UMNO!

Dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu

Bendera UMNO digantung seolah-olah ini Program UMNO

Lagi Bendera UMNO..

Bendera UMNO lagi....

Bila PKR/PR turut memasang bendera untuk meraikan Najib..

Suasana nampak macam Pilihanraya..

2 comments:

Anonymous said...

Rakyat Permatang Pauh, jangan hadirr . Bagi yang hadir akan dapat duit raya, kain pelikat dan bergambar dengan Najib. Lepas tu keluar Utusan- rakyat Permatang Pauh telah menolak DSAI. Yakin BN akan menang besar pada PRU13 ini. Yang ramai akan hadir adalah Mat/Minah indon yang dh dapat IC dan sudah boleh mengundi.