Thursday, August 18, 2011

Cara Mudah Nak tahu Kedai Guna Pelaris Jin

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali  ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" 
( Al-Hijr: 42)
 
"Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99) 

"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Assalamualaikum,salam blogger
di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli pilotik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular  di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

...saya copy dari fb  seorang sahabat...

9 comments:

Na'im Nikmat said...

Salam akak menarik info ini minta izin dicopy pastekan :-)

Unknown said...

Salam akak,ni n3 saya ni sebulan yang lepas saya posting,hehe.
saya dapat maklumat ni dari kuliah ustaz ismail kamus lepas tu tambah sikit maklumat dari blog ustaz zaharudin.

http://ijoks2009.blogspot.com/2010/07/cara-mudah-nak-tahu-kedai-guna-pelaris.html

~ DeHeartyPerfume ~ said...

Saya ada rakan yg telah dianugerahkan keistimewaan utk melihat alam ghaib dan ditanya saya pd hari ni kepada beliau smda beliau nampak atau tidak kedai yg mnggunakan plaris.dan beliau mnjawab smmgnya ada.pelaris bbentuk monyet yg kncing pd mknn kita dan ada plaris yg bbentuk seakan2 susuk tubuh llaki yg rmbutnya kusut masai berdiri di blkg kaunter byaran dgn mata terbeliak dan mulutnya terkumat kamit mmbaca ssuatu.apa2 terina kasih kpda blogger kerana sudi bkongsi tips diatas.

Unknown said...

assalam ya tuan punya blog...minta izin share di facebook boleh??? terima kasih...

Unknown said...

Ibu saya pergi ke Negeri Sembilan untuk makan di kedai jual kerang yang dipanggang. Di kedai tu ibu saya dapat melihat ada seekor monyet yang mulut ternganga dan melompat--lompat di udara di hadapan tempat makanan untuk dijual di kedai itu.Ibu saya takut dan tak lalu nak makan. Kisah ini berlaku tahun 2002. Kedai tersebut penuh dengan orang ramai berbanding dengan kedai sebelah dalam keadaan lengang sahaja.