Wednesday, August 10, 2011

Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran.


Bismillahirrahmanirrahim.
 Nak kongsikan ngan kawan2 semua. Tips menarik untuk kita. Hebatnya Kuasa Allah. Bila dah jumpa xdak apa yang kluar dari mulut saya ni melainkan hanya perkataan SUBHANALLAH..

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah bukan diciptakan manusia
Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, sungguh menakjubkan.

5 comments:

Future Protaz said...

Perkongsian ilmu yg cukup menarik. Subhanallah!

Semerah Cili! said...

Salam, terima kasih kerana info berkenaan...jemput ke blog sy di semerahcili.blogspot.com

Anonymous said...

Alhamdulillah......penemuan yang banyak memberi kebaikan. Teruskan usaha

Anonymous said...

SubhanAllah, salah satu drp BANYAK mukjizat AlQuran

husniyah mohamad said...

terima kasih.menakjubkan:)