Friday, July 22, 2011

APA SALAH MEREKA?????


BERSIH 2.0 menyeru kepada semua penyokong demokrasi untuk berhimpun secara aman di Bukit Aman untuk menuntut keadilan untuk tahanan EO6 dan keluarga-keluarga mereka. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan organisasi hak asasi manusia SUARAM akan menyerah memorandum kepada Ketua Polis Negara.

Tarikh: Jumaat, 22 Julai 2011
Masa: 3.00pm
Tempat: Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman

LATAR BELAKANG
Walaupun Perhimpunan BERSIH 2.0 telah berakhir, 6 rakan-rakan kami tetap ditahan kerana menyokong BERSIH 2.0. 6 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak 2 Julai 2011. Ordinan Darurat adalah serupa dengan Akta Keselamatan Negara (ISA) kerana ia membenarkan TAHAN TANPA BICARA.

Tahanan EO6 terdiri daripada Dr Jeyakumar Devaraj (MP Sungai Siput), Sarasvathy Muthu, A. Letchumanan, M. Sukumaran, Sarat Babu dan Choo Chon Kai.

Pemimpin negara kami dan media massa telah melontarkan tuduhan palsu “melancarkan perang terhadap Agong” dan membangkitkan komunisme. Walaubagaimanapun, menurut dokumen-dokumen rasmi, individu-individu ini dituduh atas penglibatan sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Sudah menjadi pengetahuan am bahawa BERSIH 2.0 dipimpin oleh badan-badan masyarakat madani dan semua parti-parti politik telah dijemput untuk menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0.

Penahanan EO6 adalah tidak adil, zalim dan patut dikecam keras oleh semua. Kesalahan mereka hanyalah untuk menyokong BERSIH 2.0. Sekiranya seorang daripada kami ditahan, maka kami semua turut ditahan!

Tandatangan petisyen untuk membebaskan EO
6: http://j.mp/eo6sign 
'Like': https://www.facebook.com/p​ages/100000-Rakyat-Malaysi​a-Demand-The-Immediate-Rel​ease-Of-MP-Dr-Jeyakumar/20​2553796460290

No comments: