Saturday, June 4, 2011

UTUSAN YANG TERUS MELOYA ~ UMNO terus meroyan lepas ni....



Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu turut merasa hairan dengan sikap Utusan.

"Hanya media Umno main isu ulama-profesional ini. Kenapa tiba-tiba Utusan menjadi sayang kepada ulama menjelang muktamar.

"Sedangkan kita yang menang ini semuanya mendokong kepimpinan ulama,"katanya.

Naib Presiden PAS yang baru, Datuk Husam Musa pula berkata, ia hanya propaganda media Umno untuk memecahbelahkan parpaduan dalam PAS.

"Struktur ulama sememangnya kukuh dalam PAS. Paling tinggi Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Majlis Syura.

"Saya, Mahfuz, Mat Sabu dan Salahudin daripada kecil dalam PAS, membesar dan dididik oleh Ulama PAS, jadi tidak ada apa-apa perubahan pun" tegasnya.



~kepada penyokong PAS kita buang jauh-jauh fahaman yang menghancur dan menjatuhkan semangat perjuangan kita


~walau siapapun yang menerajui PAS selagi masih perjuangkan ISLAM kita sokong


~sepatutnya isu-isu terhakisnya pengaruh ulama' tidak timbul sebab dalam PAS kuasa tertinggi ialah MURSYIDUL AM, dan  Majlis Syura

No comments: