Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status
agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang
meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi
penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri
sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil
bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan
kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon
untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak
selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686
manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari
Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah
- 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa
melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya
di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat;
ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian
agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.
No comments:
Post a Comment