Thursday, June 16, 2011

KAMI NAK TURUN SAPU BERSIH...

Tunai tuntutan Bersih atau hadapi himpunan rakyat
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Ratusan laporan polis yang dibuat oleh Umno dan sekutunya 
terhadap perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan bahawa golongan itu akan terus 
mempertahankan segala ketidakadilan dan kepincangan dalam sistem politik negara.
“Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi 
mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka,” bidas Ketua Penerangan PAS Pusat,
 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily
 hari ini.
Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan
 polis sudah dibuat oleh “pelbagai pihak” terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya
 golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan.
“PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan 
bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil.
“Pelbagai dialog, diskusi, laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia) telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pru di 
Malaysia, namun sayangnya tiada sebarang tindakan diambil,” tambahnya.
Tambah beliau, himpunan itu bukan dibuat suka-suka bagi menimbulkan kegawatan
 atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang dibimbangi oleh orang ramai.
Malah, katanya diskusi dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan 
terus diadakan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung 9 Julai ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perhimpunan Bersih 2.0 bakal 
berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi daripada pihak yang tidak 
bertanggungjawab.
“Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda Pakatan Rakyat kita yakin 
ia mampu berjalan dengan aman dan baik,” kata beliau.
Laporan polis yang dibuat Umno, kata Tuan Ibrahim juga mencerminkan sikap double 
standard mereka kerana muktahir ini merekalah yang menjadi juara dalam menganjurkan 
demonstrasi di negeri Pakatan Rakyat.
“Sayangnya, pasukan polis hanya ‘boleh’ menonton sahaja walaupun demo tersebut
 bersifat provokasi agama dan kaum,” katanya dengan kesal.
Tuan Ibrahim turut berkata sebenarnya ia adalah amat mudah bagi kerajaan untuk 
mengatasi himpunan Bersih 2.0 bulan depan.
“Terimalah saja tuntutan Bersih 2.0 kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar
 untuk dilaksanakan,” kata beliau.
Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa segala tindakan menyalahgunakan kuasa 
atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat.
Oleh itu, adalah amat perlu untuk kerajaan menyediakan saluran bagi melempias
 kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat, tambah beliau.
“Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat.
“Tujuan kami amat senang, jelas, mudah difahami dan mampu dilaksanakan kerajaan 
iaitu satu demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara,” tegasnya.

2 comments:

Anonymous said...

Kita nak tuntut yang makruf dan cegah kemungkaran yang berlaku dalam pilihan raya, MENEGAKKAN HAK DITUNTUT DALAM ISLAM, niat bagi betul 'kerana Allah', mati syahid. jangan cari alasan untuk tidak turut serta, TURUN RAMAI-RAMAI.

Anonymous said...

Kita nak tuntut yang makruf dan cegah kemungkaran yang berlaku dalam pilihan raya, MENEGAKKAN HAK DITUNTUT DALAM ISLAM, niat bagi betul 'kerana Allah', mati syahid. jangan cari alasan untuk tidak turut serta, TURUN RAMAI-RAMAI.