Thursday, June 30, 2011

HANGPA NAK TAKUT APA..KALAU HANGPA KUAT!!!

Kalau Kerajaan Pusat yakin mereka kuat dan sokongan rakyat menyebelahi mereka, kenapa mahu halang Bersih. Jika dihalang, kelak rakyat akan lebih simpati pada parti pembangkang kerana menidakkan hak untuk bersuara,” katanya, selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah daerah Kubang Pasu, semalam.
Menurutnya, suara rakyat tidak boleh disekat dan perlu didengari kerajaan pemerintah, sekiranya tidak mahu tempias revolusi di Eygpt menular ke negara ini.
“Sampai masa akan berlaku juga, tak perlu sekat. Kecuali mereka berhimpun untuk langgar undang-undang atau merusuh. Tetapi mereka cuma mahu berhimpun,” katanya.
Azizan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mendakwa perhimpunan Bersih bukan kerana memperjuangkan pilihan raya bersih, sebaliknya kerana ada pihak yang tidak sabar untuk berkuasa.
“Memang benar Pakatan Rakyat (PR) mahu ambil alih kuasa di Putrajaya, tetapi bukan menerusi revolusi. Ia hanya akan berlaku menerusi pilihan raya umum,” katanya.
Ditanya kewajaran menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini, Azizan berkata, ianya tidak relevan dan sengaja diumumkan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
“Patut ISA sudah lama tidak digunakan… saya anggap Pusat ketandusan idea cuba gunakan ISA sebab mereka yakin tak mampu pertahan keadaan. Untuk elak jadi perhimpunan haram, berilah permit,” katanya.
Azizan turut mengingatkan Kerajaan Negeri tidak akan bertanggung jawab terhadap mana-mana rakyat Kedah yang ditangkap atas kesalahan merusuh di perhimpunan itu kelak.
“Saya tak halang sesiapa sahaja yang nak pergi ke perhimpunan Bersih, sebab itu hak individu. Kita sokong apa jua hak rakyat, tapi pelik ada pihak sokong, ada pihak larang, biar lah ianya dibuat secara aman, kalau salah barulah tangkap,” katanya.
Menurutnya, pihaknya turut mempertikai insiden di mana beberapa individu ditangkap kerana hanya memakai baju kuning logo Bersih, sedangkan mereka bukannya berhimpun secara haram.
di Eygpt menular ke negara ini.

No comments: