Sunday, June 12, 2011

ALHAMDULILLAH PAS SELESAI BUAT PERLANTIKKAN KABINET BARU

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS 
Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
 Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.
Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan 
dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed 
Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala
 Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai 
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad,
 Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad 
Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media
 di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada
 mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu 
Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, 
Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

1 comment:

pemerhati veteran said...

Eloklah PJ Selangor ditukar sebab yang lama tu asyik tambah bini aje.PJ Wilayah pun nampaknya kekal,munkin nak balas jasa dia jadi tukang hantar kertas dan angkat air minum waktu Muktamar yang lalu.PJ Wilayah ni ada potensi ambil tugas Syed Abdullah diIbu Pejabat PAS.Syabas! diucapkan kepada Stopa Ali yang merencanakan kabinet baru,pilihan Presiden.Masing-masing nak hidup!!!