Hasan Ali bimbang PRU ke-13 paling kotor
Oleh SAIDAH HAIRAN
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali bimbang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan menjadi yang paling kotor di seluruh negara khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, gambaran pilihan raya paling kotor itu merujuk peringatan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak supaya warga Selangor menggunakan apa sahaja `senjata' untuk merampas Selangor.
Katanya, Umno akan menggunakan tindakan ganas untuk berdepan dengan parti-parti yang berlawan dengannya di mana-mana Dun dan Parlimen di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Kenyataan Najib itu amat bahaya dan peringatan provokasi kepada warga Selangor, ayat itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang perdana menteri," tegasnya.
Hasan yang juga Exco Kanan Kerajaan Selangor menegaskan, Umno merupakan parti yang tidak menghormati hak dan kehendak rakyat serta tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik terhadap rakyat.
Sehubungan itu tegas beliau, Pakatan Rakyat khususnya PAS Selangor akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadap segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Umno terhadap Selangor.
"Kita akan menggunakan saluran yang betul dan sah jika berhadapan dengan keganasan yang dicetuskan Umno," katanya.
Sudah pasti saluran itu melalui kaedah yang tidak melanggar undang-undang, kata beliau.
"Saya minta semua ahli PAS dan rakyat Selangor bersama-sama mempertahankan negeri ini dengan cara demokrasi sedia ada," tegasnya.
Merujuk kenyataan Najib, beliau bimbang Umno akan melakukan rampasan kuasa atau tindakan ganas sebagaimana yang dilakukan di Perak ketika ditadbir di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Kata beliau, Najib dan pimpinan Umno lain mesti ingat sejarah membuktikan bahawa negara di seluruh dunia tidak akan bertahan lama dengan satu pimpinan atau parti.
Hasan turut mengingatkan Najib supaya jangan bercakap seolah-olah tidak percaya dengan ketentuan Allah kerana Allah saja yang Maha Mengetahui dan Berkuasa untuk mengekalkan kemenangan atau sebaliknya.
3 comments:
hei latuk lu lah dapat jadi mentri knpa lu taknak tulung itu tanah orang2 melayu yg kena ambil olih Pandi Kuti Rakyat lu jadi mentri tido ke?? boloh punya orang
hei latuk lu dah dapat jadi menteli sepeti yg lu mau lu dok diam ka itu tanah olang2 melayu kena rampas ?? nanti lu kena jawab kat kubo siapa mau tulung? kami semua sumpa lu latuk nanti lu mati takda tanah
ape buktinya yg PRU 13 akan jd PRU paling kotor, adakah di sebabkan ugkapan itu..? sejak bila PR tergugat dgn ungkapan sebegitu..? PRU 12 adalah bukti ketulusan kerajaan. Klau nak wat keje kotor kenapa x buat dari dulu,senang2 pulak nak bagi PR menang 5 negeri...? Ini lah, blog pembangkang yang selalu membuat tuduhan2 palsu, memburuk-burukan pihak lain.
Post a Comment