Thursday, May 5, 2011

AMACAM ESKAY - MINTA TULUN SAMA ANAK THAMBY LA ???


Jambatan bengkok: Saman Eskay ditolak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung projek pembinaan 'jambatan bengkok' bernilai RM20 juta.
Keputusan berkenaan dibuat oleh hakim Datuk VT Singham yang berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak.
"Satu klausa dalam perjanjian kerja itu menyebut, sekiranya projek itu gagal dimulakan, dia perlu membayar semula RM20 juta itu," kata Singham.
eskay abdullah in kepong police station sex video
Begitu pun, Singham turut mengakui peranan Eskay dalam mendapatkan projek berkenaan bagi syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd.
Eskay yang merupakan pengarah dalam syarikat Aman Agropreneur Sdn Bhd menamakan Merong Mahawangsa dan pengarah eksekutifnya Yahya Abdul Jalil sebagai defendan dalam kes saman RM20 juta bagi dakwaan pelanggaran kontrak itu.
Beliau mendakwa, Yahya dan syarikat tersebut telah menemui beliau pada tahun 1998 bagi mendapatkan projek pembinaan jambatan kontroversi itu.
Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan.

1 comment:

Unknown said...

Malas nak layan manusia macam ni