Monday, April 18, 2011

PAS KENA CEPAT BUAT POST MORTEM KEKALAHAN DI SARAWAK


Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.
Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.
Kelemahan jentera
Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.
Kempen lambat
Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.
Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.
Terlalu yakin
Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.
Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.
BN terlalu kuat buat PAS
Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.
Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.
Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.
Kesetiaan Melayu
Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.
Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu.

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

Anonymous said...

Betul kena wat post mortem n damage control.... paling penting plse22222 dengar suara hati rakyat melayu/melanau terutama berkaitan faktor terakhir...jgn add insult to injury as the kes byk penyokong PR ..siap kutuk,hina tanpa cuba memahami kegusaran org islam..as i c it..dlm kes ni wat masa ni ..PR ada 2 pilihan..pertahankn calon TU as bakal cm ,hilang undi melayu/melanau/islam ..kalah PR or cari alternatif CALON yg bole diterima semua..as i c it ..melayu/melanau solid undi PBB salah satu faktor ialah kegusaran tang hal itu.undi iban berpecah 2/3..org ulu memang solid pkr bb sokong BB..Cina sahih DAP..so nak pertahankn Calon CM TP kalah ke or calon lain tp POTENSI menang? tepuk dada tanya selera.......

tolong jgn kutuk n nak banding2kn n semenanjung ngn sarawak or LGE..ni bukan pasal ras la ..Kalu LGE tak tau yg lain le tp kalu aku la anytime..gitu gak kalu calon lain dari PKR. DAP ke PAS ke..ke SNAP ke sapa ke. janji jgn yg itu..bg PRN lepas kami tk de pilihan walau sokong Pas ..tp dek faktor ni pangkah PBB gak(hello bkn BN ye)...terpulang bg PR untuk menangani masalah ini..cr penyelesaian esp tuk PRU 13 akn datang...sebab pndangan i yg jahil ni le ..dlm keadaan sekarang tanpa mendapt sokongn padu masyt melayu/melanau..dgn sokongn iban berpecah dipedalamn adalah sulit tuk PR nak menggugat kedudukan PBB/BN sarawak...tlg bantu sarawak ngn bina jembatan bkn tembok!!!