Wednesday, April 6, 2011

KETUA PEMUDA PAS SARAWAK CALON N20 - SADONG JAYA

Malam tadi pengistiharan calon untuk N20 - Sadong Jaya telah diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Pusat Mustafa Ali. Banyak lagi benda dalaman yang PAS perlu baiki disini, walaupun PAS sudah boleh menapak disini. Berbanding UMNO, PAS ada ahlinya disini, PAS ada pejabatnya disini.


Majlis malam ini berjalan sederhana. Petugas dari Selangor bertungkus lumus menyiapka persiapan. Turut kelihatan pada malam ini Tuan Pesuruh Jaya PAS Selangor dan Tuan Pesuruh Jaya Sabah antara pimpinan awal PAS yang sampai.

Majlis diadakan diperkarangan rumah En Abd Rahim b Haji Omar di Kampung Sg Putin. Dalam ucapan aluannya beliau menegaskan beliau amat terharu kerana memilih rumahnya menjadi tuan rumah. Beliau amat terkilan dengan orang kampungnya yang melemparkan tohmahan terhadapnya. Demi agama Allah beliau kuatkan nekad untuk mencelikkan mata orang kampungnya, agar melihat bagaimana pemimpin kerajaan negeri hari ini tidak membawa pembangunan ke Sadong Jaya.Beliau mahu orang kampungnya berubah dan sedia membuat perubahan.
Dalam ucapan PJ Sabah Tuan Haji Muhammad b Abdullah beliau menegaskan bukalah mata gunakan akal. Di Selangor ada air percuma . Rakyat Sarawak tidak mahukah sumbangan seperti ini.  
Manakala PJ PAS Selangor pula menegaskan  diluar dugaan PAS boleh masuk ke Sadong Jaya. Kuasa Allah yang mengizinkan PAS kesini. Kalau Islam tak sampai kebumi Allah Rahmat Allah tak sampai ke bumi Sarawak sepertimana Namrud. Sudah lama Ketua Menteri Serawak kaut keuntungan, berjuta hartanya di luar Negara. 

No comments: