Thursday, April 7, 2011

HARTA SARAWAK HILANG JAMBATAN TAK BUAT !!

Semalam saya ke Kuching menggunakan Jambatan Samarahan. Semasa datang tempohari saya menggunakan jalan darat. Maknanya tidak menyeberangi sungai. Perjalanan dari Kuching ke Sadong Jaya memakan masa 3 jam. Tetapi, bila menyeberangi sungai hanya makan masa 1jam 45 minit sahaja. Masa dan kilometer yang jimat bila menyeberangi sungai.

Malangnya kenapa Abdul Taib Mahmud tidak mahu bina jambatan. Sedangkan pengguna ferri terpaksa beratur panjang. Masa perjalanan yang terhad. Bergantung kepada pasang surut air. Agak malang sekiranya perjalanan waktu malam.Sekiranya waktu kita sampai  jam 10 malam, walaupun sudah beratur panjang , ferri akan berhenti perkhidmatan.

Sungai Samarahan tidaklah luas sangat, boleh di bina jambatan. Tambang ferri untuk sebuah kereta RM1.Jika lori RM3. Jabatan Kerja Raya Serawak yang menyelenggara perkhidmatan feri ini.

Masalah berukband teruk..utk gambar sila ke facebook saya..

2 comments:

Anonymous said...

yg ambil tol kereta lori tu kena siasat, adakah sedara/sedara jauh Taib Mahmud?

ROHA said...

Aslmkm.
Kak G tentu tahu agaknya .. beliau tinggal di sana lama.
Melalut pula .. dari blognya tadi!
Roha sendiri tak pernah pergi kucing or sarawak lagi.
Dengar cerita banyak pembangunan dibandar kucing tu. Kekayaan ditangan keluarga KM tu. Ya ka?