Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk.Istilah padi tunduk semasa berisi, sebenarnya membawa maksud pokok padi tidak mampu menanggung beban berat padi yang semakin membunting. Itulah sebabnya ia semakin menunduk. Jika disapu dengan badai, ia akan musnah kerana menanggung beban yang berlebihan (tambah satu lagi beban). Kita mengetahui sebelum ini, angin merupakan medium penghantar setiap bunga-bunga lalang (benih lalang). Ya benar lah, inilah kerjasama yang sempurna antara lalang dan juga angin.
Perlu dimuhassabah, siapakah padi? Siapakah lalang? Dan siapakah angin?
Inilah yang berlaku dalam suasana PAS hari ini.Tatkala waktu pemilihan macam-macam cerita yang disampaikan angin.Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.Bermakna, ada tangan ghaib yang menggoyangkan pokok ini.
Fokus kepada Dewan Muslimat, ada negeri-negeri yanga sangat agresif bab pemilihan. Ada yang sudah meletakkan calon pilihan.MELOBI.Kenapa harus terjadi begini.Disaat-saat akhir ada yang ketua "terpaksa" tarik jawatan seseorang.Kenapa harus terjadi begini?Bukankah PAS ini Parti Islam.Kenapa tidak rujuk terlebih dahulu ke Majlis Syura Negeri?
Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita pada 2001 dahulu. Ustazah Jamilah Ibrahim menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.
Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem siasah syariah telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha Dewan Muslimat untuk memperbaikinya.
Kenapa Dewan Muslimat tidak memberi peluang kepada pemimpin muda ? Sedangkan muslimat PAS ramai pemimpin muda yang berwibawa dan dari golongan profesional samada bidang agama dan akademik.Dewan Muslimat perlu melihat dari tingkap yang berbeza, jangan hanya melihat dari satu sudut tingkap yang mana tingkap kebiasaannya.
Adakah muslimat hari ini sudah mula mencorakkan pemilihan berdasarkan agenda peribadi? Tok Guru Nik Aziz pernah berkata "Jangan diberi pangkat dan jawatan kepada sesiapa yang meminta pangkat dan jawatan, kerana,individu yang meminta pangkat dan jawatan ada kepentingan diri".
Dewan Muslimat jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan pemilihan maka elok pimpinan hari ini tarik diri, dan jangan bersedia untuk bertanding lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.
Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Jangan jadikan jawatan itu hak mutlak kita dalam berjemaah.
Perlu diingat juga, apabila Dewan Muslimat Pusat lemah, apatah lagi Dewan Muslimat Negeri. Bagaimana pulak Dewan Muslimat Kawasan yang akan tidur terus.Bangun hanya waktu pilihanraya.Bila bangun waktu pilihanraya,maknanya banya benda yang ketinggalan.Adakah Dewan Muslimat berjuang untuk pilihanraya sahaja? Bagaimana tarbiyah ahli? Bagaimana Usrah ahli?
Dalam kontek ini siapa yang hendak disalahkan? Dewan Muslimat tak mahu buat perubahan?
No comments:
Post a Comment