Friday, April 29, 2011
ADAKAH PERJUANGAN PAS JUGA SEPERTI LALANG??
~~LALANG OH LALANG~~
Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk.
Istilah padi tunduk semasa berisi, sebenarnya membawa maksud pokok padi tidak mampu menanggung beban berat padi yang semakin membunting. Itulah sebabnya ia semakin menunduk. Jika disapu dengan badai, ia akan musnah kerana menanggung beban yang berlebihan (tambah satu lagi beban). Kita mengetahui sebelum ini, angin merupakan medium penghantar setiap bunga-bunga lalang (benih lalang). Ya benar lah, inilah kerjasama yang sempurna antara lalang dan juga angin. Lihat sahaja arah angin bertiup, di situ juga arah daun-daunan lalang akan terarah. Bila ianya terlentok-lentok menahan tolakan angin, pada masa tersebutlah bunga-bunga lalang (benih lalang) akan berterbangan mengikut hala tuju angin seperti peluru yang dilepaskan dari muncung peledak. Lalang tidak pernah rasa tersepitdengan setiap tolakan angin. Di waktu ketika ini, ungkapan tersebut tercipta seolah-olah angin yang menentukan hala tuju lalang. Angin mencipta arahan, lalang menurutinya tetapi pada masa tersebutlah lalang mencipta pengaruh dengan menyebarkan benih-benihnya ke tempat lain.
Seolah-olah lalang tiada pendirian bila ditiup angin tetapi kawasan sebaran benihnya semakin luas bila bunga-bunga benihnya berterbangan mencari destinasi jajahan baru. Tidakkah ini bermaksud satu kejayaan yang cemerlang?
Sejarah telah membuktikan, ada di kalangan pengikut yang berjaya menjadi contoh dan menjadi lebih cemerlang berbanding tukang memberi arahan (ketua atau raja pada waktu itu). Mereka membentuk motivasi dan jati diri yang menjadi contoh kepada insan-insan terkemudian.
• Laksamana Cheng Ho aka Zheng He menurut perintah Maharaja Yongle (Maharaja Dinasti Ming) belayar ke seluruh pelusuk dunia dengan menggunakan lautan sebagai platform. Kita mengetahui kejayaan gemilang Zheng He dan meletakkan beliau sebagai seorang laksamana yang dihormati. Bahkan ada khabar angin mengatakan, Zheng He berjaya mengelilingi dunia (Allah Maha Mengetahui). Di sesetengah tempat di dunia ini, Zheng He dianggap sebagai dewa atau Tuhan.
• Tariq Bin Ziyad. Mengepalai orang tentera Islam menyeberangi Laut Mediterranean untuk mendarat di Giltarbar untuk membantu rakyat Andalusia menentang kekejaman Raja Rodrick. Beliau asalnya merupakan penolong panglima kepada Panglima Musa bin Nusair. Disebabkan kejayaannya menewaskan tentera Raja Rodrick, Musa Bin Nusair berasa cemburu lalu bergabung bersamanya membuka jalan sehingga di sempadan Perancis. Islam berkembang ke serata Sepanyol. Namun atas arahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, beliau terpaksa pulang ke Damsyik dan diturunkan pangkat kerana derhaka pada perintah khalifah.
• Qin Shubao dan Yuchi Jingde- mereka adalah panglima kepada Maharaja Tang Taizong (Li ShiMin) iaitu Maharaja kedua Dinasti Tang. Maharaja ini dianggap sebagai Maharaja yang berjaya membawa kepada kecemerlangan China namun disebabkan kisah silamnya membunuh adik beradiknya, baginda mengarahkan mereka mengawal pintu bilik tidur kerana bimbangkan roh adik-beradiknya menuntut bela. Meraka kemudian dianggap sebagai Door God oleh masyarakat Cina.
Allah telah mencipta lalang dengan fizikal yang sangat unik.
Akar yang bersirat dan berselerak. Batangnya yang lurus,padat tetapi kukuh dan kuat. Daunnya runcing, lebar di tengah, sisi yang tajam, agak keras dan kasar serta panjang sehingga merudum menutupi batangan lalang.
Saya pasti ramai yang tidak sedar, hanya daun- daunan lalang sahaja yang terlentok-lentok ditiup angin sedangkan batangan dan akarnya akan tetap berdiri tegak dalam keadaan mampu mengawal asakan angin. Ini adalah asas jati diri yang sangat kuat dan ianya langsung tidak diperhatikan oleh diri kita dan juga orang-orang tua yang mencipta ungkapan ini. Dari satu sudut, lalang menahan asakan (batangan dan akar) dan pada sudut yang lain pula daun- daunan menerima setiap pukulan angin . Sungguh ajaib, bertahan dan menerima. Ini adalah motivasi dan jati diri seterusnya.
Bukankah ini sifat dan sikap orang-orang yang sabar dengan dugaan-Nya.
Motivasi dan jati diri seterusnya adalah lalang sentiasa berada di aras yang sama. Cuba kita perhatikan pada setiap kawasan yang tumbuhnya lalang. Kita akan dapati aras setiap daun- daunan lalang berada pada ketinggian yang hampir sama. Tak ada yang terlalu tinggi dan tak ada yang telalu rendah. Bukankah ini satu sifat yang patut dijadikan contoh apabila kita hidup secara berkumpulan.
Sentiasa berada di aras yang sama. Bantu membantu agar setiap ahli mendapat faedah yang sama banyak. Tiada istilah mementingkan diri sendiri, semuanya akan mendapat hak yang sama.
Lalang adalah ciptaan Allah yang unik. Lihatlah sekeliling kita, tumbuhan mana kah yang kelihatan di sekeliling kita? Jawapannya ialah Lalang.
~SEMUGA SUKSES~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
alooooooooooooo ,, laang juga banyak guna nya ,,,, jgn anggap lalang TAK ADO GUNO. apo lah.. heh he heh heh
Post a Comment