Entah apa yang tidak kena dengan seorang blogger Umno ini.Penulis pernah juga membaca beberapa tulisannya sebelum ini,yang pada hemat penulis agak berhujah berbanding penulis blog pengampu Umno yang lain.Blogger yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah seseorang yang memakai nama gelaran Mummy Rokiah.
Mummy Rokiah mempersoalkan tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berasa malu mengenai penayangan secara umum video seks seorang yang dikatakan sebagai pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
~~ini antara petikkan dari blog mummy rokiah~~
Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya? Nik Aziz seharusnya menonoton dahulu video tersebut sebelum memberi kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.
Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.
Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.
Apapun masa akan menentukan segalanya.
Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.
Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.
Apapun masa akan menentukan segalanya.
Mummy sudah menonton ke???
2 comments:
A'kum Saudari
Pada saya ketiga-tiganya tak beltul dan tidak mengikut Islam. SiPelaku telah berzina, siPendedah gagal menutup keaiban dan keburukan saudaranya sebagaimana kehendak Islam dan mummy rokiah pula adalah penyebarnya!
Jadi ketiga-tiga watak itu bukan pengikut ajaran Islam.
Saya juga ada juga membaca tulisan mummy yang agak kritis sebelum ini.
mudah2an mummy rokiah diberi hidayah dan kembali kepangkal jalan...syahadah kena jaga jangan sampai batal..
Post a Comment