Monday, March 14, 2011

TAHNIAH CONG WEI KERANA MENJAGA NAMA MALAYSIA YANG MENGAKU NEGARA ISLAM...

Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengekalkan kejuaraan kejohanan Badminton All England, lebih-lebih lagi setelah menundukkan musuh utamanya Lin Dan.  Apa yang ingin orang muo war-warkan di sini ialah sikap dan tindakan terpuji Chong Wei semasa upcara menerima hadiah di atas pentas juara.  Sesiapa yang mengikuti siaran langsung pada tengah malam tadi tentu anda sangat kagum dengan tindakan Chong Wei apabila dihadiahkan dengan sebotol arak, dengan riak muka terkejut, segera meletakkannya di atas pentas dan menutupnya dengan replika cek.  Selesai saja upacara, Chong Wei tidak membawanya bersama, tetapi terus menyerahkan semula botol arak tersebut kepada pihak pengelola hadiah.  Sikap terpuji Chong Wei ini menggambarkan bahawa walaupun beliau bukan seorang Islam tetapi Chong Wei amat memahami sensitiviti rakyat Malaysia yang terdiri daripada Chong Wei tidak menjulang botol arak tersebut tetapi  pelbagai kaum dan agama,  apatah lagi penyokong-penyokong Chong Wei pada malam itu daripada semua kaum warga Malaysia. Satu lagi sikap terpuji Chong Wei, beliau menyambut kemenangannya tidak seperti Lin Dan yang  suka mendabik dada. Tahniah Datuk Lee...anda sememang seorang juara dan warganegara yang terpuji...

Apa yang AM nak nyatakan disini ialah sekiranya Cong Wei itu orang Melayu dan beragama Islam adakah dia akan melakukan spt mana Cong Wei? Kenapa Akhbar pengampu tidak menghangatkan berita ini di dada Akhbar mereka? Takut pemerintah yang mengaku negara Islam marah?

No comments: