Saturday, March 19, 2011

SARAWAK BUBAR DUN - DURIAN RUNTUH BUAT ORANG SANA

DUN Sarawak bubar Isnin ini....Durian Runtuh Untuk Rakyat..!!!












Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini
mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis
mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri
Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah
 diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian
 akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas
bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung
 kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya
 (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan
penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama
lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan
raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi
kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing
 satu untuk PKR dan bebas.

No comments: