Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita: Kembali kepada syariah Islam



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Umat Islam di negara ini perlu
 kembali kepada syariah Islam sepenuhnya dalam menjalani 
kehidupan agar kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik 
dapat dinikmati dalam erti kata sebenar.

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah 
Maznah Daud membuat saranan itu sempena sambutan 100 
tahun Hari Wanita Sedunia 2011, hari ini.
Di samping itu, katanya perjuangan pembelaan hak wanita 
pula hendaklah selaras dengan apa yang digariskan oleh 
syarak iaitu untuk memartabatkan kedudukan wanita yang 
benar-benar sejahtera merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.
“Keadaan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila
 syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia 
menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun 
oleh Allah SWT,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau menambah, pembangunan potensi wanita mesti 
berasaskan kepada satu sistem nilai yang menyeluruh
meliputi pengukuhkan jati diri yang juga merangkumi
 aspek aqidah dan pegangan hidup, akhlak, jasadiah dan
 insaniah.
Semua pihak, katanya perlu terus memberikan
 sokongan kepada kaum wanita untuk memajukan 
diri dalam bidang pendidikan agar wanita dapat 
sama-sama menyumbang dalam sektor pekerjaan.
Namun, tambahnya pada masa yang sama tidak mengambil 
kesempatan dan mengeksploitasi wanita dari sudut ekonomi
 dan kewangan.
Beliau turut menyatakan penilaian secara sepintas lalu 
dalam situasi Malaysia, menunjukkan bahawa kedudukan
 wanita di negara ini sudah jauh ke hadapan dari segi penglibatan
 mereka di dalam kerjaya dan pembangunan masyarakat
 serta negara.
Beliau berkatanya, ianya juga sekali gus menggambarkan
 polisi pendidikan negara dalam memberi peluang yang 
sama rata kepada kaum wanita untuk mendapat pendidikan, 
telah berjaya mendapat respon serta kesan yang positif 
daripada kalangan kaum wanita bagi membolehkan  mereka
 meningkatkan keupayaan diri dan berdaya saing dalam kehidupan.
Katanya, jika kesaksamaan menjadi kayu ukur kejayaan 
yang diperjuangkan, dapat dilihat bahawa  wanita di Malaysia 
telah berupaya menceburi dalam hampir kesemua bidang
 yang diceburi oleh kaum lelaki.
Namun demikian, ujarnya pada masa yang sama gejala
 sosial seperti penderaan, penindasan, keganasan, 
penipuan dan ketidakadilan terhadap wanita serta 
kanak-kanak terus berlaku dengan meluasnya.
“Tidak kurang juga mereka yang berpendidikan tinggi dan
 berjawatan tinggi yang turut terjebak di dalam gejala-gejala ini.
“Keadaan ini memberi gambaran bahawa kemajuan dan 
kejayaan material yang dicapai oleh kaum wanita masa
 kini yang tidak disertai dengan pembangunan spiritual
 tidak dapat menjamin dan tidak berupaya untuk melindung
i diri mereka khususnya dan ahli masyarakat amnya dari 
segala bentuk ketidakadilan dan kekejaman,” katanya..
Menurutnya, walaupun wanita telah maju dari sudut pendidikan 
tetapi dalam banyak hal masih banyak indeks kesejahteraan 
wanita yang lemah. 
Sekali gus, ujarnya ini menunjukkan bahawa perjuangan
 wanita yang hanya menekankan kesaksamaan gender di dalam 
semua bidang semata-mata berdasarkan pencapaian material,
 bagi meningkatkan martabat wanita dan mencapai keadilan 
tidak mencukupi untuk menjadi penyelesaiaan menyeluruh 
kepada isu yang dihadapi oleh wanita masa kini.
“Apa yang jelas, adalah kehidupan ummah pada masa kini 
dilihat makin jauh menyimpang dari landasan hidup syariah
 yang telah disusun oleh Allah SWT,” katanya lagi.

3 comments:

Unknown said...

salam perjuangan..mohon link blog ana,http://addin77.blogspot.com.blog anta dh dilinkkan..t.kasih

Pak Oncu said...

gebuzzzzzzzzz

Pak Oncu said...

gebuzzzzzzzzz