Thursday, March 10, 2011

ALAHAI GOBALA....

Gambar Cek RM1.4 Juta & Penafian Gobala

Aduhai, Gobala! Saya ulang kenyataan dia,  
"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya 
keluarga saya mempunyai kepentingan di 
dalamnya, bukan saya." Mahu berbelit-belit
 lagi? Siapa mahu percaya? Tidak betul, 
samanlah Saifuddin!

Cek di atas didedahkan oleh YB Saifuddin kepada 
pihak media.

Sementara itu, pada sidang media berasingan, 

Gobalakrishnan menafikan menerima wang 
berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa 
YB Saifuddin.

Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak
 berkuasa berhubung dengan dakwaan berkenaan.

"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa.
 Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran 
berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak 
seperti yang dikatakan mereka.

"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah 
saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada 
tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn 
Bhd yang dimaksudkan YB Saifuddin bukan miliknya.

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya 
keluarga saya mempunyai kepentingan di 
dalamnya, bukan saya," katanya. 

1 comment:

Pak Oncu said...

iskkkk budak ni,,, jeles lah tu,,,,,,,,