Tuesday, February 8, 2011

SIAPA PUNYA IDEA NI !! UNTUNGNYA KRONI MEREKA??JEJANTAS TERCANGGIH !!

Raya Sakan : Jejantas jenis apa RM70,422 semeter?? Murahnya..........

 Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini
 mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin
sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC
di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk
semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada
wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang
 juga naib presiden PKR.

NONESemalam, ketika perasmian
jejantas itu, Ketua Pegawai
Eksekutif KLCC Holdings Sdn
 Bhd Hashim Wahir dilaporkan
berkata, RM10 juta digunakan
bagi menyiapkan pembinaan
 fasa pertama jejantas yang
menghubungkan KLCC dengan
 Hotel Impiana itu.

Jejantas itu, yang dibuka kepada
orang ramai pada hari yang sama tertutup
dengan lapisan cermin
 dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi
kemudahan orang kurang upaya (OKU).

Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek
menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan
stesen pengangkutan awam bernilai 12 kilometer yang dijangka
 siap akhir tahun ini.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas
dengan sumbangan RM100 untuk laluan sepanjang enam kilometer
 manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta.

NONEDalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah
 projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan
 yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan
kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran
kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya
jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab
 sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya.

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

bazirnya duit rakyat....

Alprazolam said...

Cool stuff here!

discount viagra said...

Thank You a ton for writing such a wonderful piece of information. Keep sharing such ideas in the future as well. This was actually what I was looking for, and I am glad to came here! Thanks for sharing the such information with us.