Thursday, February 10, 2011

JAKIM BARU NAK LANCAR ANTI VALENTINE DAY - PAS DAH LAMA DAH DOK HABAQ.....


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.
"Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula...

"Jadi dah jadi langgar peraturan," katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Pemuda PAS itu.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa tempatan di negeri Pakatan Rakyat diarah bekerjasama dengan polis dan rela bagi menghadapi hari kekasih.
Katanya, dewan itu sendiri bersedia bekerjasama dengan jabatan agama di negeri-negeri untuk "gaya hidup yang tidak sihat" dapat dibendung.

Pada sidang media selepas mempengerusikan Wacana Dakwah melalui penyiaran di Putrajaya petang tadi, Jamil Khir berkata sambutan itu bukan amalam Islam.
NONE
Bagaimanapun, katanya, umat Islam sendiri mestilah mempunyai programnya sendiri sebagai alternatif kepada sambutan setiap 14 Februari itu.

Sebagai contoh, katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.

Sementara itu, Jakim juga mengedarkan kenyataannya kepada media dengan memetik kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," kata pegawai perhubungan awam Jakim Asiah Alkharib Shah, memetik keputusan muzakarah majlis itu.

1 comment:

Unknown said...

Sudahlah malaun .... kau tukar dulu tema maulidur rasul tahun ni dulu " 1Malaysia 1Ummah).... bengong punya pak menteri..... mufti pulak semua bisu