Thursday, February 3, 2011

DIMANA KHALID ISLAM BOULI 2.?? MUBARAK TUNGGU KAMU ...

Dunia menanti kehadiran Khalid Islam Bouli yang ke 2 untuk mengajar Rejim Mubarak.Hosni Mubarak tidak ambil pengajaran dari kejatuhan Shah Iran dan Marcus, dia lebih agungkan Firaun dari Junjungan Besar Muhammad saw. Umat islam mahu masuk ke Palestin pun kena sekat. Jika dia buat annual anniversary mcm Anuar Sadat  sorang lagi khalid islam bouli akan bangun dan hadiahkan dia 5.56 or 7.62mm.
 Hosni Mubarak, yang memerintah selama 30 tahun dan terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang.

Umat Islam mengingati Hosni Mubarak sebagai diktator yang telah menutup pintu sempadan dengan Gaza sebagai pintuk masuk Mesir ke Palestin sehingga menyebabkan ribuan umat Islam mati kebuluran.
Selama berdekad lamanya keadilan dilenyapkan dan demokrasi hanya ditempelkan bagi menunjukkan kepada dunia mereka juga negara yang bebas dan adil. Walhal pilihanraya yang berlangsung, hanya parti mereka sahaja boleh bertanding dengan bebas manakala parti pembangkang ditekan. Pemimpin-pemimpin pembangkang dipenjarakan, dibunuh, diugut, dibuang negeri dan pelbagai lagi tindakan tidak peri kemanusiaan. Lebih melucukan apabila hanya parti mereka sahaja dibenarkan bertanding dalam setiap pilihanraya. Inilah yang berlaku di Indonesia era Suharto dan kini di negara-negara Arab.

Pemimpin di Malaysia jangan beranggapan mereka selamanya selamat. Memerintah selama 50 tahun memuakkan lagi rakyat terhadap pemerintahan mereka. Meskipun sistem pilihanraya di Malaysia tidak seteruk era rejim pemerintah Arab sekarang, namun ruang demokrasi tidak dibuka seluasnya untuk parti politik selain BN. Buktinya dimana-mana pilihanraya sama ada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum, tidak sekali-kali parti pembangkang dibenarkan akses atau liputan di media. Lebih menjelekkan, pemimpin parti pembangkang difitnah, ditohmah, dihina dan dicaci sesuka hati melalui media rasmi tanpa diberi peluang mereka membela diri atau menjawab segala persoalan.

Apa lagi dengan sokongan Israel Laknatullah, penindasan terhadap umat Islam di mesir bertambah. Sekalung tahniah buat sahabat-sahabat Ikhwanul Muslimin yang berjuang tanpa gentar.

KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya.
Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.

Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.


Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah.

Mohamed, 68, adalah bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - AP


2 comments:

joecharlie said...

KRISIS MESIR : MISI SELAMATKAN PELAJAR OLEH UMNO !


macamni la bro. tak payah nak hipokrit.

pelajar malaysia di mesir ni kebanyakannya penyokong pas. disinilah pengkaderan pas bermula.

hari ini mesir bermasalah. jadi yang bertanggungjawap untuk selamatkan mereka adalah kerajaan umno.

artikel aku mudah. aku minta bloger-bloger tak payah malu dan segan untuk sebut dalam setiap artikel bahawa yang menyelamatkan tengkok dorang ni adalah umno. sebut je.

bukan angkuh. adakala kena tunjal jugak kepala melayu berotak sempit ni.

MISI SELAMATKAN TENGOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO. KLIK SINI

Posted by GAP KEMBALI at 3:09 AM

joecharlie said...

ISLAM KONON... PIIIIRAAAAHHH... CAKAP AJERLAH BERTERUS-TERANG YANG HANGPA SOKONG ZIONIS ISRAEL!!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 4:00 PM | |
Apabila 'kebangkitan rakyat' berlaku di Tunisia, puak-puak PAS di Malaysia begitu seronok. Apabila 'kebangkitan rakyat' pula berlaku di Mesir, masing-masing mula bercakap juah tentang Islam, tentang Ikhwanul Muslimin, tentang penegakan undang-undang syariah, tentang penyelewengan dan kukubesi Hosni Mubarak dan sebagainya. Yang terlebih penting, mereka cuba mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan apa yang sedang mereka lakukan di Malaysia.

Teori tentang kejatuhan negara-negara Arab itu akibat dalang berkulit putih yang beribupejabat di Washington DC, tidak diendahkan. Mereka terlalu seronok dengan teori mereka yang kerajaan zalim telah ditumbangkan oleh Allah Taala, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Allah Taala sedang memasukkan sebuah kerajaan yang jauh lebih zalim daripada kerajaan yang telah digulingkan.

Amerika Syarikat tidak lagi menyorokkan belang mereka terutama apabila melihat sokongan yang bertali arus terhadap tindakan mereka di Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara Arab yang lain. Terbaru adalah sokongan '10,000' Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam yang konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum bantahan, tetapi sebenarnya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Amerika Syarikat dan Godfathernya, Zionis Israel.

Rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak kini perlu bersedia berhadapan dengan tindakan ganas ketenteraan oleh Amerika Syarikat yang akan diketuai oleh Frank G.Wisner III, Duta Amerika ke Mesir. Bapa Wisner adalah tukang perancang utama di sebalik penggulingan berdarah Perdana Menteri Iran Mohamed Mossadegh pada tahun 1953.

Seruan El Baradei agar tentera Amerika Syarikat masuk campur di Mesir, menambahkan keyakinan bahawa apa yang berlaku di Mesir sebenarnya adalah rencana teliti Amerika Syarikat yang ingin menguasai pasaran minyak dunia.

BERITA SELANJUTNYA DI UNSPINNERS

Ramai di Malaysia yang berharap penggulingan Hosni Mubarak Mesir merupakan usaha Islam. Dek kerana itulah mereka bersungguh-sungguh meraikan 'kejayaan' tersebut, sedangkan apa yang berlaku selepas ini, jauh lebih teruk berbanding penderitaan yang dialami oleh rakyat Mesir di bawah pentadbiran Hosni Mubarak.

Iraq kedua akan menyusul di Afrika Utara pula. Umat Islam yang baghal, bahlol dan bangang akan menang sorak tetapi tidak menyedari satu lagi wilayah Islam tergadai di tangan Amerika Syarikat yang sentiasa memastikan Zionis Israel akan terjaga.

Ikhwanul Muslimin Mesir sekadar boleh berangan-angan seperti mana Anwar Ibrahim dan PKR berangan-angan untuk menguasai Putrajaya.

PAS yang cuba menjadikan peristiwa di Mesir sebagai pengajaran utama kepada pemimpin Malaysia, barangkali sangat sedar bahawa mereka sedang menyokong Amerika Syarikat dan Zionis Israel tetapi memandangkan ia adalah sokongan yang membolehkan mereka menguasai Putrajaya, maka kepimpinan utama PAS menutup mulut dan membiarkan para propagandis mereka meracau-racau dengan cerita-cerita bahlol yang mengkhayalkan. ....Lu pikorlah sengili,apasalahnya kita GONXI-KONGSI di hanya 1 MALAYSIA AJALAH YANG KITA ADA.