Sunday, January 16, 2011

SIAPAKAH GERANGANNYA CALON PAS DI TENANG???

Calon PAS di Tenang: Firdaus atau Normala?

azlan
Dua nama telah dikemukakan kepada PAS pusat untuk dipilih sebagai
 calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 
30 Januari ini.
Mereka ialah ketua Dewan Pemuda PAS Segamat, Firdaus Mas'ud dan
 ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman.
Firdaus seorang peguam, juga merupakan exco Pemuda PAS Johor.
 Normala (kiri) pula merupaka exco Muslimat PAS pusat dan bekas 
seorang guru.
Sumber-sumber berkata kedua-dua calon mempunyai peluang yang 
seimbang untuk dipilih sebagai calon, tetapi PAS dijangka memilih Normala.
Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pula dilaporkan
 berkata, PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil DUN 
Tenang malam ini.

Katanya, pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk
 Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai ketua umum 
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untuk 
diputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan 
malam nanti pada jam 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya ketika dihubungi 
Bernama hari ini.

Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran 
menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS
 dalam pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita.

"Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," 
katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan 
Tenang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 
Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari. 

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya
 Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas 
akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital
 Pakar Ampang Puteri.

No comments: