Thursday, January 6, 2011

PELAJAR MELAYU BUMIPUTERA BILA LAGI MAU TULIS SURAT SEBEGINI...

Surat kepada Dato' Seri


Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Barisan Nasional P217, Bintulu,
Terlebih dahulu izikan kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada Dato’ Seri dan keluarga.
Izinkan kami memperkenalkan diri,
Kami merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Pusat Wilayah Sarawak dan berasal dari Bintulu.
Telah banyak aduan dan pertolongan yang kami minta serta bersemuka dengan individu berwajib bagi membantu masalah penempatan/posting guru, namun masih menemui jalan buntu.
Masalah ini sebenarnya sudah lama wujud dan ramai graduan tidak berani bersuara serta tidak tahu dimana harus meminta tolong. Penempatan graduan IPTS pertama di UniRazak Pusat Wilayah Sarawak adalah pada bulan Ogos 2010, namun penempatan ini masih lagi mengecewakan lebih-lebih lagi kepada graduan major Matematik kerana tiada seorang pun yang terpilih dalam penempatan tersebut.
Dato’ Seri,
Kami juga graduan terlatih dalam pendidikan, harus juga diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Keluarga/Penjaga kami sanggup melaburkan wang yang banyak untuk tujuan pendidikan dan berharapan menjadi guru seperti yang dijanjikan oleh pihak universiti walaupun datang dari keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan.
Kami juga begitu berharap agar kerajaan dapat membantu kami seperti kerajaan juga membantu graduan pendidikan di IPTA, KPLI, DPLI serta menyerap guru sandaran tidak terlatih (GSTT).Tidakkah kami juga layak? Kami mempelejari serta mengalami sendiri dunia perguruan selama 3 – 4 tahun serta menjalani praktikal di sekolah kerajaan.
Graduan kami begitu sukar mencari pekerjaan lain dengan menggunakan kelayakan yang ada. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) serta kebanyakkan sekolah tidak menerima graduan kami untuk menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Di sektor-sektor kerajaan mahupun sektor swasta yang lain mempersoalkan mengapa kami tidak menjadi guru. Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah e-recruitment Sarawak juga tidak dapat menerima graduan kami, dengan alasan tidak tahu membuat pengesahan penempatan. Kemana harus kami pergi dan mencari lagi?
Dato’ Seri,
Menurut akhbar, Sarawak diperuntukkan 24, 387 jawatan guru di bawah kawalan JPN Sarawak.Sebanyak 24,169 jawatan diisi oleh guru terlatih iaitu 19,320 di Sekolah Kebangsaan dan 4,849 di Sekolah Jenis Kebangsaan, katanya sambil menambah kekosongan jawatan guru akan diisi oleh guru sandaran tidak terlatih. Menurutnya, bagi peringkat sekolah menengah harian dan bestari, Sarawak diper-untukkan 14,255 jawatan guru. Sebanyak 13,563 jawatan diisi oleh guru terlatih dan kekosongan jawatan guru juga akan diisi oleh guru sandaran tidak terlatih.
Kesimpulannya, jelas pendidikan di Sarawak kekurangan guru terlatih. Tahun 2011 juga menyaksikan tiga sekolah baru beroperasi di Sarawak iaitu SMK Kemena, Bintulu, SMK Tebedu,Serian, dan SMK Tinjar, Baram. Tiap-tiap tahun kekurangan guru di sekolah ini lebih-lebih lagi di sekolah menegah harus diisi oleh GSTT. Lihat di Bintulu sendiri, GSTT diperlukan sehingga melebihi 20 lebih orang bagi sekolah tertentu.
Ramai graduan kami terlatih, berminat serta layak mengisi kekosongan ini. Namun apalah ertinya kami dibiarkan bertahun-tahun lamanya menanti dan menunggu penempatan ini? Setiap hari kami menanti, berdoa dan berharap agar KPM membuka permohonan e-GST kepada graduan IPTS di Internet mahupun akhbar tempatan. Kadang-kadang kami merasakan ianya satu penantian penyeksaan tatkala ada dikalangan kami sudah bekerluarga, menjelaskan pinjaman PTPTN, sewa rumah, kereta dan sebagainya. Berbaloikah semua yang telah kami korbankan 4 tahun yang lalu?
Kementerian Pelajaran bertarikh 14 hari bulan 6 tahun 2010 dengan jawapan bertulis menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dato’ Seri mengenai langkah-langkah yang diambil untuk Mengatasi Kekurangan Guru di Sekolah-sekolah juga seolah-olah menggabaikan graduan kami. Persoalannya sejauh manakah kementerian ini sedar wujudnya graduan pendidikan (bakal guru) di IPTS?
Dato’ Seri,
Kami bukan meminta simpati, jika Dato’Seri tidak dapat menolong kami, tolonglan rakan kami yang lain, kerana kami percaya mereka lebih memerlukan. Isu ini telah lama, tidak ada beritapun dari media, kementerian pelajaran, dan pihak berwajib mahupun individu yang tampil untuk membantu. Sekurangnya-kurangnya ada sedikit berita gembira mengenai permohanan e-GST ini di Internet, akhbar tempatan, ataupun di berita tevisyen memberitahu bahawa KPM benar-benar tidak mempunyai masalah untuk mengambil graduan IPTS. KPM juga harus menetapkan bahawa permohonan adalah sekian-sekian supaya kami lebih bersedia. Jika tiada permohonan pada tahun ini kerana dibekukan sebagai contoh dan akan dibuka pada tahun maka kami lebih bersedia dan sanggup melalukan apa-apa pekerjaan bagi menampung hidup sementara menunggu permohonan dibuka.
Kami juga sanggup bersaing secara sihat dengan graduan IPTA, KPLI dan DPLI walaupun kami tahu mereka diberi keutamaan mendapat “posting” di sekolah-sekolah kerajaan. Pilihlah graduan kami yang benar-benar mencapai kompetensi professional yang patut dicapai oleh seorang guru. Namun,tidak adil bagi kami yang juga jurusan ini jika kami terus diabaikan sedangkan GSTT juga mendapat perhatian daripada KPM. Maafkan kami Dato’ Seri, kami tidak berniat untuk menyalahi KPM, graduan IPTA yang lain, KPLI, DPLI dan GSTT. Kami tidak mahu dinggap masyarakat luar cuba membandingkan diantara graduan-graduan yang lain untuk menjadi seorang insan yang bergelar “guru”. Jika graduan kami sememangnya tidak memenuhi “Standard Guru Malaysia”, kami lebih relamengundur diri dalam dunia pendidikan, kerana kami percaya peribadi seorang guru bukan guru yang pandai sahaja, bekalan yang baik untukknya, bahkan melebihi tanggungjawab kerjayanya sebagai seorang guru.
Dato’ Seri,
Kami amat mengagumi setiap aduan dan tindakan Dato’ Seri dalam membantu rakyat lebih-lebih lagi di kawasan Dato’ Seri. Masyarakat di rumah panjang lebih-lebih lagi sibuk memperkatakan sifat Dato’ Seri yang sering turun padang bersemuka, bercakap dan benar-benar membantu mereka. Maka kami sangat percaya Dato’ Seri lah satu-satunya YB yang dapat membantu kami semua. Kami memohon maaf sekiranya kehadiran surat ini mengganggu tugas Dato’ Seri dan sekali lagi memohon maaf kerana terpaksa meminta pertolongan Dato’Seri.
Dato’ Seri,
Bayangkan kapal kami telah karam di lautan, sebilangan kami telah lemas, kebanyakkan yang lain menggunakan pelampung, terapung-apung, tatkala itu Kapal Dato’ Seri bersama yang lain mengampiri kami yang terjerit-jerit meminta tolong….
Kami;
Alice Anak Ason, 860720-52-6204
Lina Anak Dampak, 850930-13-6088
Lu Hung Yung, 861108-52-6392
Mary Binti Kim Soon, 861230-52-6118
Nicholas Anak Rekan, 860807-52-6469
Tiong Siu Ling, 850607-13-5720
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian), Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) & berasal dari BINTULU.
Jasa Dato’ Seri akan kami kenang sampai bila-bila dan terus merasa bangga di bawah pimpinan Dato’ Seri. Hanya Tuhan dapat membalas. Kami hanya mampu dengan ikhlas mengucapkan ribuan Terima Kasih.
Sekian Terima Kasih.

No comments: