Monday, January 3, 2011

JANGAN TERKEJUT TENGOK MUKA SAYA!!!


Hasil kerjatangan bapa durjana...
WALAUPUN bimbang reaksi rakan-rakan, Nurul Dahyatul Fazlinda tetap akan ke sekolah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa kes simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda

 Mat Haizan mungkin menjadi murid paling bimbang untuk memulakan sesi baru 
persekolahan hari ini. 

Dia takut rakan-rakan sekolahnya tidak dapat menerima kehadirannya semula
 ke Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang dekat sini dengan 
wajahnya yang masih mempunyai kesan akibat perbuatan bapanya, Mat Haizan
 Mat Yasin menyimbah asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu 
Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu. 

Sejak kejadian itu, Nurul tidak hadir ke sekolah sehingga dia kembali 
menyambung pembelajaran di Tahun Tiga hari ini. 

“Hati saya bimbang. Saya harap kawan-kawan terima kehadiran Nurul
 dengan keadaan sekarang,’’ kata kanak-kanak malang itu ketika dihubungi
 di rumahnya di sini semalam.

2 comments:

Melur Jelita said...

Kasihan dia..jahat punya bapak!

Melur Jelita said...

Kasihan dia..jahat punya bapak!