Saturday, January 8, 2011

AWAS ! FESYEN TERBARU PENYAMUN

Menyamar pekerja TNB untuk samun penduduk 



SHAH ALAM - Satu sindiket penyamaran sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikesan bergiat aktif di kawasan perumahan untuk menyamun penduduk. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan TNB semalam, terdapat dua individu yang menyamar sebagai pekerja TNB dan berpakaian seperti kakitangan organisasi tersebut, sebelum berpura-pura memeriksa meter rumah penduduk serta menyamun mangsa. 

”Pekerja TNB yang ditugaskan di premis pengguna memang diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa kemeja-T berwarna merah dengan logo TNB serta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah. 

"Pada pakaian seragam mereka juga tertera nama kakitangan tersebut," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, dua lelaki yang menyamar juga turut memakai pakaian sama sehingga mengelirukan orang ramai. 

Kakitangan TNB yang ditugaskan memeriksa meter hanya boleh memasuki kediaman penghuni sekiranya mendapat kebenaran dan menunjukkan kad kuasa. 

”Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket berkenaan dan diminta menghubungi pihak TNB atau polis sekiranya berasa curiga,” katanya.

No comments: