Walaupun isu Wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun PAS mengingatkan jangan pula lupa bahawa ini juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember 2010. Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang. Malahan perkara ini telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno. Apabila minyak naik ia memang akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak. Isu Wikileaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini. Sebelumnya banyak jawapan pak pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran. Media pula diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan. PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara. Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam PRU akan datang. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
Thursday, December 16, 2010
Wikileaks- Jangan Lupa Isu Kenaikan Harga Barang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment